“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, May 20, 2012

Sabar

Astaghfirullah..benarlah kalau kita nak berubah. ianya bukan perkara yang mudah. Pasti ada ujian..yang pastinya syaitan laknatullah tentu takkan berdiam dengan perubahan ikhlas orang yang mahu mendekatkan diripada Allah. Ada saja hasutan-hasutan halus yang ditiup2 ke telinga. Aku cuba isi masa yang terluang dengan membaca buku-buku agama, atau kalau dah kronik sangat, aku tadah al-quran dengan harapan moga hilanglah gelisah dan gusar dan datanglah ketenangan yang hakiki di hati. Paling aku takut, terbawa-bawa dengan hasutan-hasutan ini sehingga hilang sikap sabar. aku akui suatu ketika aku kalah..malah selalu. kalau tiba saat itu, aku selalu murung, sangat-sangat murung sehinggakan kadang-kadang kasihan dengan anakanda aku yang sering merasa terpinggir dan kurang faham masalah ibunya ni.

Aduh..Ya Allah..peliharalah aku selalu dalam pandanganMu. Janganlah hilangkan petua kesabaranku ini petunjuk setelah kau berikannya padaku. Moga kesabaranku ini hasilnya hikmah yang besar dariMu.

Insyaallah~

Tuesday, May 15, 2012

Transformasi

Tudung labuh pertama ku hantar ke kedai jahit tepat pada hari Maulidur Rasul..dah lama kainnya ku simpan, tapi pada hari mulia tersebut aku sematkan azam untuk memakai tudung labuh. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya aku takut nak bertudung labuh memandangkan aku masih sayang dengan baju2 yang berfesyen dan trendy..berseluar jeans, Allah swt permudahkan juga hijrahku.

Di awal pemakaian tudung labuh, macam-macam feedback dn teguran aku dapat. Ada yg kata aku dah nikah semula dengan ustaz (yang ni sangat-sangat aku tak tahan nak pecah perut pun ade)..hehehe, mak guard kt kilang aku kerja tu siap tanya kalau-kalau aku dh pregnant..nak buntang mata aku tengok dia.Tapi dalam hati aku sebut Amin..memang aku nak pun. Tak kurang mak sedara aku yang beria-ia kata aku tengah bercinta dengan ustaz..aissshhh..macam2 spekulasi depa buat. Gasakler ujar aku...

dari umur 18 tahun lagi aku pernah pakai tudung labuh..tu pun tudung kakak aku. Dia lagi awal diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berubah..time tu kami form 6. Aku pakai jer tudung labuh coz nak eksyen jadi super senior kt sekolah...tapi bila aku masuk matrikulasi jer..there foes tudung labuh. Yilek..no more.

Tahun 2008, kemuncak klimaks aku hidup dengan cabaran dan dugaan...sampai aku rasa time tu paling2 buntu..time tu aku mula dekat pada Allah dan mohon diberi petunjuk. Alhamdulillah..tudung labuh come back into the picture. Seriously, sekarang aku damai berpakaian muslimah. Panggil le aku ustazah ker hape ke...yang penting aurat aku terjaga. Paling ketara, tak sebarangan kaum Adam cuba nak mendekati aku..aku terhijab dari semua tu. Alhamdulillah..sekarang fesyen bukan keutamaan. syariat yang penting.

dan sesungguhnya, aku mahu lebih dari itu. Niqab dan purdah menjadi idaman aku. Bukan sebab trend zaman sekarang..tapi ada satu kehalusan, keindahan, keselamatan, kesucian yang Allah lahirkan dalam hatiku.

Alhamdulillah~

Saturday, May 12, 2012

Belenggu

Aku buntu sekarang. Terlalu buntu. Kadang aku rasa sangat-sangat yakin dengan keputusan aku dan ada ketikanya hati kecik ni dicucuk-cucuk dengan pelbagai andaian dan persoalan yang aku tak mampu jawab. Aku tahu dua tiga menjak ni kepala aku crack sikit..or maybe crack banyak dah..kadang aku seolah redha dengan membiarkan dia dengan caranya ..dan redha untuk menerima orang lain dalam hidup aku. Sebagai seorang Islam, aku pantas mengerjakan istikharah..benar-benar mohon bantuan Al-Khaliq berikan aku petunjuk. alhamdulillah..aku dapat..dan aku yakinkan diriku...alamat dan petunjuk yang kuterima itu terarah kepada satu jalan yang penuh derita. 2 minggu aku tak hubungi, FB dan email aku tak buka..aku beri ruang pada dia dan juga aku sendiri untuk menguatkan diri. Bila aku peroleh petunjuk itu, aku hubungi dia. Aku mahu lihat sejauh mana kebenaran dan kesungguhan. 

Tapi aku hampa ..sangat hampa dengan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut dia. Semuanya seolah-olah dia dah gagal..dan hanya mengharapkan satu keajaiban merealisasikan satu janji. Aku kembali buntu..paling aku buntu bila dia mahu aku redha menerima orang lain..dan dalam masa yang sama masih mampu mengaku sayang pada aku. Aku makin pening...

Katanya aku mesti sabar kalau masih mahukan hubungan ini berjaya..tapi sampai bila? Bukankah ini zalim namanya..hati jahatku pula selalu terfikirkan betapa pengorbanan yang aku buat. Ikhlas..ye aku ikhlas..tapi aku mula terasa hidup aku dimainkan. Perasaan aku dipermainkan..dan penat serta letih aku dipermainkan. itu yang membuatkan aku selalu marah..

.....aku berjemaah di masjid malam ni. Bertemu dengan Kak Zie..kawan baru yang menyapa aku sambil menanti tazkirah di masjid. Ntah kenapa aku luahkan segala perasaan terbuku pada Kak Zie..aku benar-benar tak mampu nak bendung semua perasaan yang bercampur-campur dalam kepala aku lagi. Kalau ikutkan mahu ku hamburkan tangisan di bahu dia..selepas isyak, Kak Zie pesan supaya tabah dan mohon dengan Allah swt.Benar..ini aturan Allah..cuma aku dah berusaha sejauh ini dan aku yakin dengan isthikarahku...mungkin dalam jalan yang derita inilah adanya kebahagiaan untuk aku..

Kepala aku sakit..sakit sangat. 

Wednesday, May 9, 2012

TWISTED

Lesson learn..twist the situation and you rules it. Someone really wanna kick in the A**. My 2 cents advise to you...CUT THE CRAP..and MOVE YOUR BALLS.  I had nothing to loose now.

Sharing Is Caring