Aku buntu sekarang. Terlalu buntu. Kadang aku rasa sangat-sangat yakin dengan keputusan aku dan ada ketikanya hati kecik ni dicucuk-cucuk dengan pelbagai andaian dan persoalan yang aku tak mampu jawab. Aku tahu dua tiga menjak ni kepala aku crack sikit..or maybe crack banyak dah..kadang aku seolah redha dengan membiarkan dia dengan caranya ..dan redha untuk menerima orang lain dalam hidup aku. Sebagai seorang Islam, aku pantas mengerjakan istikharah..benar-benar mohon bantuan Al-Khaliq berikan aku petunjuk. alhamdulillah..aku dapat..dan aku yakinkan diriku...alamat dan petunjuk yang kuterima itu terarah kepada satu jalan yang penuh derita. 2 minggu aku tak hubungi, FB dan email aku tak buka..aku beri ruang pada dia dan juga aku sendiri untuk menguatkan diri. Bila aku peroleh petunjuk itu, aku hubungi dia. Aku mahu lihat sejauh mana kebenaran dan kesungguhan.
Tapi aku hampa ..sangat hampa dengan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut dia. Semuanya seolah-olah dia dah gagal..dan hanya mengharapkan satu keajaiban merealisasikan satu janji. Aku kembali buntu..paling aku buntu bila dia mahu aku redha menerima orang lain..dan dalam masa yang sama masih mampu mengaku sayang pada aku. Aku makin pening...
Katanya aku mesti sabar kalau masih mahukan hubungan ini berjaya..tapi sampai bila? Bukankah ini zalim namanya..hati jahatku pula selalu terfikirkan betapa pengorbanan yang aku buat. Ikhlas..ye aku ikhlas..tapi aku mula terasa hidup aku dimainkan. Perasaan aku dipermainkan..dan penat serta letih aku dipermainkan. itu yang membuatkan aku selalu marah..
.....aku berjemaah di masjid malam ni. Bertemu dengan Kak Zie..kawan baru yang menyapa aku sambil menanti tazkirah di masjid. Ntah kenapa aku luahkan segala perasaan terbuku pada Kak Zie..aku benar-benar tak mampu nak bendung semua perasaan yang bercampur-campur dalam kepala aku lagi. Kalau ikutkan mahu ku hamburkan tangisan di bahu dia..selepas isyak, Kak Zie pesan supaya tabah dan mohon dengan Allah swt.Benar..ini aturan Allah..cuma aku dah berusaha sejauh ini dan aku yakin dengan isthikarahku...mungkin dalam jalan yang derita inilah adanya kebahagiaan untuk aku..
Kepala aku sakit..sakit sangat.
No comments:
Post a Comment