“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, May 15, 2012

Transformasi

Tudung labuh pertama ku hantar ke kedai jahit tepat pada hari Maulidur Rasul..dah lama kainnya ku simpan, tapi pada hari mulia tersebut aku sematkan azam untuk memakai tudung labuh. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya aku takut nak bertudung labuh memandangkan aku masih sayang dengan baju2 yang berfesyen dan trendy..berseluar jeans, Allah swt permudahkan juga hijrahku.

Di awal pemakaian tudung labuh, macam-macam feedback dn teguran aku dapat. Ada yg kata aku dah nikah semula dengan ustaz (yang ni sangat-sangat aku tak tahan nak pecah perut pun ade)..hehehe, mak guard kt kilang aku kerja tu siap tanya kalau-kalau aku dh pregnant..nak buntang mata aku tengok dia.Tapi dalam hati aku sebut Amin..memang aku nak pun. Tak kurang mak sedara aku yang beria-ia kata aku tengah bercinta dengan ustaz..aissshhh..macam2 spekulasi depa buat. Gasakler ujar aku...

dari umur 18 tahun lagi aku pernah pakai tudung labuh..tu pun tudung kakak aku. Dia lagi awal diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berubah..time tu kami form 6. Aku pakai jer tudung labuh coz nak eksyen jadi super senior kt sekolah...tapi bila aku masuk matrikulasi jer..there foes tudung labuh. Yilek..no more.

Tahun 2008, kemuncak klimaks aku hidup dengan cabaran dan dugaan...sampai aku rasa time tu paling2 buntu..time tu aku mula dekat pada Allah dan mohon diberi petunjuk. Alhamdulillah..tudung labuh come back into the picture. Seriously, sekarang aku damai berpakaian muslimah. Panggil le aku ustazah ker hape ke...yang penting aurat aku terjaga. Paling ketara, tak sebarangan kaum Adam cuba nak mendekati aku..aku terhijab dari semua tu. Alhamdulillah..sekarang fesyen bukan keutamaan. syariat yang penting.

dan sesungguhnya, aku mahu lebih dari itu. Niqab dan purdah menjadi idaman aku. Bukan sebab trend zaman sekarang..tapi ada satu kehalusan, keindahan, keselamatan, kesucian yang Allah lahirkan dalam hatiku.

Alhamdulillah~

No comments:

Sharing Is Caring