Monday, August 17, 2009

Hampir..aku menghantar surat resign hari ni apabila pihak XXXX call dan menawarkan aku jawatan sebagai Asst Training Manager. Agak lama juga aku pergi interview tu..ingatkan dah tak dapat. Tapi aku rupanya second person waiting in the row..the first person tak nak, aku terpilih. It's ok..second is still the best for me.

Hari ni, aku sepatutnya aku confirmkan sama ada nak terima atau tak. Setelah istikharah beberapa hari..dan disokong oleh kengkawan dan taklupa bonda aku..aku setuju. Aku taip surat perletakan jawatan pagi ni..namun ku sangka mendung sampai ke petang rupanya hujan ditengahari.

Jawatan tu tersangatlah urgentnya..dan aku pulak kena bagi 2 months notis, so pihak XXXX tak boleh menunggu terlalu lama. So, dengan berat hati dan sedikit keciwa aku lepaskan.

Cuma aku pelik kenapa itu dipersoalkan..sepatutnya bukankah pihak XXXX memeriksa dahulu borang permohonan yang aku isi awal2 dulu. Terang2 aku dah tulis 2 bulan notis dari tarikh aku anta surat resign..paling aku tak tahan bila head department syarikat XXXX ni cakap kalau awak betul2 nakkan jawatan ni.. awak kena pikirkan jalan macam mana nak masuk cepat. Kalau perlu, awak bayarlah balik notis pada syarikat awak sekarang..

Hmm..dalam hati sebenarnya aku bersyukur, aku tak sanggup bekerja dengan orang yang begitu. Mungkin sebab pihak XXXX ni dah desperate sangat..lagi2 bila orang pilihan mereka menolak..terpaksalah call aku tanpa mengecheck terlebih dahulu. Kasihan..bagi aku takperlah, rezeki tu percaturan Allah. Pasti ada yang lagi baik.

Saturday, July 25, 2009

Aku Penat

Alhamdulillah..at least buat masa ini. Aku berharap dan berdoa agar doktor tak bagitau aku keputusan yang buruk selepas buat ultra sound pagi tadi. Appointment seterusnya bulan 10 nanti. Selama ni aku takut sangat nak pegi check tapi memandangkan aku terasa sakit sangat lately, so aku pegi jugak check payudara hr ni. Barah payudara bukan sesuatu yang asing dalam sejarah keluarga aku. Makcik aku seramai 3 orang meninggal akibat penyakit ini. Paling ketara makcik aku yang gagal diselamatkan apabila kansernya merebak sehingga ke tulang juga tidak mempunyai anak seperti aku. Mungkin kebetulan..tapi aku takut.

Doktor cakap hormon badan aku tak seimbang, dan aku diberikan Vitamin E dengan EPO bagi menstabilkan hormon.

Dari SMC, aku terus ke campus. Ada discussion petang ni dengan team operation. Subjek yang at least ..buat masa ni aku amat-amat tak suka dan blur. Maybe sebab aku tak berapa suka sesuatu yang teknikal dan melibatkan production, tapi hakikatnya subjek ni penting buat aku especially sebab aku pun kerja dengan kilang. Aku akan ngadap jugak walaupun slow.

Aku bawa Faris bersama hari ni, sepanjang aku berdiskusi, dia sibuk main dengan anak coursemate aku. Nasib baiklah, kalau tak mesti aku tak dapat nak stay almost 3 jam lebih kat situ.

Lepas discuss, aku luangkan masa dengan faris di Berjaya Times Square. Kami masuk Taman Cosmos. Habis di situ, aku bawa Faris main bowling.

Penat ..memang penat. Kereta pulak aku park kat campus, so dari BTT aku naik monorail dan turun di Chow Kit. Faris dah penat..dah meragam. Dalam kereta, belum keluar dari Chow Kit, Faris dah tido..sampailah ke rumah. Penat sangat. Aku belum boleh tido lagi..banyak kerja lepas discuss ptg tadi. Ni pun aku berenti sekejap dan update blog..baru taip sebaris intro tentang OM..aku dah blur.

Maybe sambung esok kut..otak aku dah letih. Dah tak boleh nak memikir..mungkin besok banyak ilham..heheh.Gud Nite.

Tuesday, July 14, 2009

Aku Perlu Pergi

Aku bukan seorang yang bijak menyampaikan isi hati dengan cara yang puitis atau simbolik..
Jauh sekali menggunakan segala metafora-metafora atau kiasan dalam menggambarkan perasaan..
Aku cuma mampu diam dan menerima..
Aku cuba untuk memahami segala yang tersurat dengan penuh redha..
Biar saban hari aku merasakan aku makin jauh..aku makin hilang
Tapi di dalam hati terasa dekat..seolah kamu memerhatikan
Seolah bayang kamu mengantikan susuk tubuh aku ketika di dalam kelam..
Takut, sayang, benci dan rindu semuanya ada..
Siapa yang aku hendak luahkan..
Kalau aku cuba pun pasti tiada yang akan faham..
Cuma aku terlalu takut dan risau..andai bintang aku malap suatu hari..
Aku takut tiada siapa yang tahu bahawa janji yang aku buat dengan kamu suatu masa dulu..
Mengikat aku..dan menyeksa aku
Hendak aku cakap..cukup disini..jangan ganggu aku lagi
Tapi aku tak mampu..sebab segala ini diluar kemampuan aku..
Tapi aku tidak akan berbuat apa-apa..
Cuma aku berdoa pada Dia..mohon yang terbaik untuk kau dan aku..sama ada kita di jalan yang sama atau jalan yang berbeza..

Friday, July 3, 2009

Masa Oh masa

Boleh tahan penat sejak aku sekolah balik ni. Sesungguhnya cabaran paling besar bila aku start nak membaca buku sebelah malam..bukan pasal ngantuk atau boring, tapi kerana kesayangan aku yg sorang tu 'dengki' melihat mamanya memegang buku. Masa tu jugaklah dia akan duduk atas lap aku dah suruh aku bacakan buku cerita dia..belum lagi kalau aku on pc. Masa tu jugaklah dia nak main game.. bila aku tolak campur bahagi darab, rasa-rasanya masa yg benar2 dpt aku peruntukkan utk study mungkin hanya seciput sangat. Tak sampai 2 jam pun..belum tolak masa aku berchatting, berkarya di blog, cari maklumat hiburan dan yang seantero dengannya.
Udahnya, aku bawa buku ke pejabat, bila waktu rehat atau kalau boss aku keluar aku mulalah mencuri masa mentelaah..rajinkan aku nih..heheheh. Takut tak berkat pulak ilmu yang aku dapat. Nilah cabarannya menjadi seorang pelajar tuaaaaa...
Bulan depan dah exam..abih satu semester.

Saturday, June 27, 2009

Transformers..Autobots

sabtu 27th June 2009

Aku kuciwa hari ini..kuciwa sangat2 sebab kegagalan aku untuk dapatkan tiket transformer di cineleisure the curve untuk anak teruna aku (ke untuk aku sebenarnya...). Baik beli secara online atau pergi beratur panjang kat kauncer (panggilan anak aku untuk kaunter) ..amatlah menguciwakan. Pagi tadi selepas bowling tournament bowling di One Utama ( mengisi jemputan supplier MERCK)..aku cuba usha kaunter tiket wayang yg kebetulan terletak sebelahan dengan bowling..tapi sudah full house. Terlebih sudah...

Sebelum keluar dari One Utama, aku singgah jap kat KFC, having lunch dengan faris yang semestinya berjaya meraih Happy Meal yang hanya seciput nuggetnya, air milo dan jeng..jeng..jeng..mainan transformer bumblebee. Semangat Faris menyala-nyala..aku ingatkan bolehlah kow tim sekejap keinginan faris tu..bila elok je aku pandu sampai ke kota damansara dia toleh kiri kanan lagak cam orang sesat dan tanya aku..mama ni nak pegi mana ni..kata nak pergi tengok transformer...AIYAKKKK!!! Aku belum terlepas lagi rupanya...

Cam nak kena pergi cari kat black market je ni...

Sunday, June 14, 2009

Thomas N Friend

Ini adalah satu kegilaan anakanda aku. Semua gara-gara kartun Thomas N Friend. Keinginan Faris nak naik keretapi meluap-luap lagi2 bila tengok komuter. Aku gagahi naik keretapi balik Kedah baru -baru ni semata-mata untuk memenuhi hasrat anakanda yang tercinta.Pengalaman yang menarik untuk seorang anak. Mulut Faris tak berhenti dari mula naik keretapi sampailah turun. Dah sampai rumah opah, sambung balik cerita naik keretapi.

Di dalam keretapi, Faris tak nak berjalan. Aku terpaksa dukung dia dari gerabak ke gerabak sebab dia takut nak melintas di antara gerabak tu. Bukan setakat Faris, aku pun seriau gak nak lalu kat situ.

Aku ambil dua bunk bed, beli pun last minute so yang ada semua katil atas. Aku risau kalau berkongsi kang ada pulak yang jatuh katil . Nasib baik ambil 2 katil, memang sempit sikit katil atas berbanding dengan bawah. Aku temankan Faris sampai tertidur sebelum aku slow-slow pergi dekat 'cell' aku. Nasib baik bawa novel , lagipun aku tak nak tidur lena sangat takut kang anak teruna aku tu stunt ke bawah. Curtain faris aku selak sedikit supaya aku dapat intai dia dari katil aku. Risau jugak, manalah tau ade insan-insan yang tersalah angkut anak dalam mamai-mamai tu. Cuak jugak dok memikirkan tu.


Aku snap jadual beli tiket ni kat KTM Alor Setar. Senang esok aku nak beli tiket Selalu kalau call takde orang angkat, rupanya timing tak betul. Tapi sebenarnya syok naik keretapi, jauh lebih relax dar naik bas. Itupun kalau dapat ambil tiket 2nd atau first calss lah. Tapi 1st class ticket susah nak dapat, penuh memanjang. Aku rasa kalau KTMB upgradekan sikit coach, toilet, cafe lagi comel keretapi ni. Banyak benda dalam tu dah uzur..aku tengok seat dekat 2nd class dengan 3rd class pun dah agak usang. Memandangkan ramai pelancong mat salleh suka naik keretapi sebagai transit ke siam, eloklah kalau di perkemaskan lagi..lawak gak bila aku tengok mat salleh yang tinggi tu terpaksa bengkokkan lutut tido kat atas katil..lagi2 dok tingkat atas. Mau keras bangun pagi..hehhe

Saturday, June 13, 2009

Gambar

Aku rakamkan gambar ini dengan camera handphone aku yang serba tak canggih. Taman Burung di KL. Bayaran masuk agak mahal tapi berbaloi. Banyak spesis burung ada disini, sesiapa yang suka ambil gambar burung..ala2 birdwatch di fraser hill tu, mesti enjoy tapi yelah keseronokan mengintai aksi burung yang lebih natural eloklah di rimba. Disini, burung pun dah pandai nak posing..dah biasa sangat tengok manusia.



Ini pulak Pantai Kemasik di Terengganu. Aku ambik gambar ni pakai kamera h/p yg sama. Elok pulak 3 batang pokok kelapa interframe dalam gambar ini. Pertama kali sampai disini tahun 2007 dengan kawan-kawan office. Masa tu takde gerai lagi. Last year aku pergi bawak Faris singgah jap disini menikmati air batu campur dengan laksa sambil menikmati keindahan yang pantai disini.Adala 3, 4 gerai dibuka, ramai jugak orang singgah. Bagi aku,tempat ni ala-ala R & R dekat highway , tempat melepaskan lelah sebelum tiba di kuantan. Kalau ada wifi kat sini lagi lama aku lepak barangkali.

Gambar ini ketika aku dalam perjalanan mencari Sutra Beach Resort..aku jauh tersesat. Alang-alang aku snap gambar ni dari dalam kereta sambil memandu. Jalan clear beranilah..
Aku suka pergi ke pantai timur. Ada satu ketenangan . Mungkin sebab pantai dan kebiruan air laut..dan mungkin sebab aku gian dengan nasi dagang originalnya. Segalanya begitu perlahan di sana..aku tak pening nak pikir masa. Takde benda yang aku nak kejar..sekurang-kurangnya untuk sejenak.