“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, October 27, 2008

Selaut kasih jika diberikan pada seorang manusia..pasti mati bila ombak menghempas.
Selaut rindu jika dicurahkan pada manusia..pasti pudar bila taufan datang
Selaut cinta jika disemai pada seorang manusia..pasti lenyap bila badai melanda..

Bukankah cinta, kasih dan rindu fitrah manusia..
kenapa manusia kalah bila semuanya lenyap...
Hati meruntun merayu kasih..
Jiwa mendayu berlagu rindu..
Fikiran kacau mencari cinta..
Adus..sesak rimas...jiwa kacau
Bengang..bingung..kosong..

Tiba-tiba hati berbisik kecil..
Letakkan Allah di dalam hati..biar penuh..biar banyak..
Jangan lupa zikrullah di lidah..biar basah..sampai penat
Bernafas dengan Allahhu..setiap hela..sampai lelap
Al-Quran peneman..penyuluh hati yang lusuh..

Bersujud mohon ampun..biar ikhlas
Aku cuma mahu sedikit dari kasih, cinta dan rindu..
Aku mahu sedar dari lamunan..
Bahawa sudah semestinya rasa kasih, cinta dan rinduku..
Hanya untuk Penciptaku...
Biar aku selalu dalam wilayahMu..
Biar aku sentiasa kasih
Biar aku sentiasa rindu
Biar aku sentiasa cinta...
Biar bersemarak..sebab kasih, rindu dan cintaMu tak pernah luak walau datangnya badai, taufan ataupun ombak yang menggunung..

Monday, October 6, 2008

Raya Ini

Biasa ajer..malah makin kurang serinya. Maybe sebab aku jer di rumah, kakak beraya di ganu. Adik pulak beraya di umah mertua yg cuma sepelaung jaraknya...tinggal aku, mak, abah yang still belum cure sepenuhnya, dengan adik lelaki tunggal kesayangan intan payung mak aku. Sunyi raya tahun ni...maybe sebab aku sendiri walaupun faris ada di sisi. Hmm...tak jugak..aku rindu sebenarnya dengan tok, tokwan, makni yang dah pergi berjumpa Sang Pencipta..

Maybe juga sebab abah yang masih sakit..berat jugak ujian Illahi pada Abah yang sebelum ini aktif ..sekarang lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik... Penangan stroke yang tak tau puncanya...abah dah give up nak ke hospital. MRI dah 3 kali..air sum sum tulang dah pun ambik, tapi takde result yang memberangsangkan..kesian abah. Aku cuma boleh doakan abah sembuh semula..tapi ada hikmahnya..abah tak merokok lagi. Abah lebih banyak di tikar sembahyang.


Barangkali jugak sebab mak dah penat nak beria membuat persiapan raya. Ketupat ngan nasi impit pun mak order awal2 lagi..semuanya main tunjuk. Keringat mak banyak tumpah menjaga abah...ke sana-sini jadi peneman abah. Awal puasa mak dah tido kat spital, teman abah. Hujung puasa pun sama..balik rumah kena masak lagi dan mengemas rumah. Mak dan aku punya sifat yang sama...sebaik saja masuk rumah, automatik kami akan menonong cari penyapu atau ke dapur sambil menyinsing lengan. Aku kesiankan mak...tiba2 jer dia jadi runner kat rumah. Mak selalu cakap, dia nak jenjalan ajer lepas pencen tahun ni...alhamdulillah mak sempat gi umrah dengan abah tahun ni..ntah bila lagi mak nak jenjalan melancong cam dulu dengan keadaan abah sekarang..mak pun dah tak sihat sangat...


Raya oh raya, bertubi2 sms masuk , boss aku pun hantar sms. Aku tak beria nak membalas sms..lagipun aku sibuk bangat. Walaupun raya tahun ni sunyi...aku masih gembira sebab tahun ni aku dapat beraya sepuas-puasnya dengan mak dan abah.





Sharing Is Caring