“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Thursday, June 16, 2011

Melayan kerenah anak sorang ni memang takkan habis...sudah pandai mengugut-ugut ibunya tatkala dia hendak melayan kartun kegemarannya. Bila saya cuba tukar siaran, cepat-cepat dia berkata.."Kalau mama nak tengok TV, abang main game...haaaa..mama pilih yang mana". adus..Faris dah pandai nak demand-demand dengan saya.

Dengan ibunya pun dia nak win-win ..hmmm. Saya selamba menjawab.." Ginilah...apa kata kita tutup TV, tutup laptop...kita sama-sama baca buku". Dia diam...dan kali ni saya menang. Buku Siri Pintar Membaca 4 dikeluarkan dari beg sekolah thomas N friend dan dibentangkan di meja..

Dan saya..membelek-belek majalah sambil telinga jelas menangkap setiap butiran ejaan dari mulut Faris. Tersengih seorang bila sempat saya menjeling dia mula menggaru kepala, tangan dan acapkali mengeluh letih..walau baru pegang buku tak sampai pun 10 minit. Matanya pula asyik melihat jam di dinding...mengira waktu takut-takut kartun kegemarannya terlepas.

Melihat dia berhempas pulas, saya bersuara..lagi 1 jam abang boleh pilih tengok kartun atau main game..terserlah senyuman di wajahnya. Serta merta dia bersemangat kembali. Pantas je dia membaca. Saya hanya tersenyum melihat kesungguhan Faris.

Inilah baru win-win situation ... ujar saya perlahan.




No comments:

Sharing Is Caring