“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, June 16, 2011

Ujian..Menangislah dan teruskan hidup dengan penuh tawaduk

Teringat satu kes yang saya terima ketika mula-mula bekerja. Tentang seorang isteri yang mengadu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Isteri ini menelefon saya hampir setiap hari..sehinggakan apabila di rumah pun dia masih menghubungi saya. Saya cuba menasihati beliau...tetapi saya akui saya bukan orang yang pandai menasihati. Saya hanya terdiam bila dia berkata.."awak tak pernah lalui perkara ni, so awak takkan faham perasaan saya".

Benar, jauh disudut hati saya mengakui kata-kata beliau. Saya hanya boleh menasihati menurut logik tetapi saya mungkin tidak mampu menyelami secara total masalah beliau.

Sebenarnya, benda yang sama juga berlaku kepada kita. Terfikir tak..orang yang paling ceria di dalam pejabat atau di dalam organisasi kita adalah orang yang paling banyak masalah. terfikir tak mungkin mereka menanggung beban yang berat yang orang lain takkan faham. Hanya mereka yang melalui sahaja akan memahami.

Yang penting macam mana kita nak bangkit semula selepas setiap musibah mendatang. Hari ini kita gembira menjadi satu keluarga yang besar..punya ayah dan ibu, punya kekasih hati..punya anak yang sihat dan comel, punya rumah yang besar, kereta mewah, ilmu dan pengetahuan yang tinggi, punya segala-galanya...tetapi hilang dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata seorang isteri boleh menjadi balu, diceraikan menjadi janda, seorang anak hilang kasih sayang ibu dan ayah, seorang ibu yang menangisi kematian anaknya, muflis sekelip mata, hilang kewarasan dan macam-macam lagi...kesannya bukan sehari, bukan setahun..tetapi selagi nyawa dikandung badan. Tapi hidup harus diteruskan...perut perlu diisi, anak-anak perlu disekolahkan, tulang empat kerat perlu digunakan. Kelangsungan hidup harus diteruskan,

Biarlah si polan hendak menangis sampai buta matanya..biarlah dia meratapi kehilangannya..biarlah dia mencoretkan segala dukanya di atas kanvas..biarkanlah.Sebab esok masih ada..esok matahari akan kembali bersinar. Selagi bernafas...kita akan diuji. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok...tapi itu janji Allah swt. Dan redha adalah sebaik-baik sifat, percaya kepada Allah bahawa ujian akan mematangkan dan meningkatkan iman.

Percayalah..kita akan menjadi orang yang lebih baik dengan setiap ujian. Kita adalah yang dipilih Allah swt untuk diuji dan diuji bagi mendapatkan hidayahNya.

No comments:

Sharing Is Caring