“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, June 16, 2011

Astaghfirullah

Sejak 2 -3 minggu lepas..hamba Allah yang satu ni diuji. Hilang sekejap kewarasan dan pertimbangan bila semua ujian datang serentak dan bertimpa-timpa. Allah menguji bila saya terlalu meminta-minta..membayar kafarah seorang hamba pada pencipta. Kadang termenung sejenak..mungkin banyak sangat yang aku minta sedangkan usahaku untuk mendapatkan sesuatu itu terlalu minima. Allah menguji bersebab...peningkatan iman atau untuk menghapuskan dosa.

Sekejap jiwa menjadi lemah dan nafsu amarah serta penyakit benci menguasai. Tidur entah kemana..sakit datang, selera makan hilang dan pelbagai lagi yang tak dapat tergambar dek minda. Ikutkan hati..ikutkan badan binasa..memang saya tak nafikan kalau mengikut jiwa amarah , rasa semuanya tak adil...sehingga terkadang terfikir kenapa Allah meletakkan terlalu banyak ujian untuk saya tempuhi. Setiap saat jiwa rasa tak pernah tenang...hidup bagai dirundung malang.

Beristighfar sebentar...apa aku dah buat ni. Hati terdetik..mempersoalkan ilmu dan qada qadar Allah swt. Ampunkan hambaMu ini ya Allah..aku masih lemah. Apalah sangat yang aku harus fikirkan ...sampai tak boleh tidur lena. Soal hidup mati, ajal, jodoh semuanya Dia dah tulis...dah termaktub. Kalau dah bukan hak atau dah tiba masa...ianya akan berlaku juga. Ikhlas untuk berikhtiar adalah satu usaha yang baik..memperbaiki diri lebih baik...melihat kekurangan diri dari mengeji kejelekan orang lain adalah lebih baik.

Ini proses perubahan..ada masa iman naik..dan ada masa keimanan menurun...bila lupa sekejap pada Illahi..syaitan mula menyucuk mempermainkan minda dan jiwa...berbisik-bisik, meruntun-runtun minta dilayan nafsu amarah dan gejolak jiwa yang sedang panas..istighfar entah kemana. Air mata mula menitis dan itulah menjadi pembunuh yang paling ketara..lemah imunisasi badan, tenaga rohani hancus dan jiwa meratap sedih..BODOH..

Dunia ni maha luas untuk diteroka..ada ramai insan yang akan hadir dan pergi dalam hidup kita. bak kata sorang kawan...kau hanya ada faris jer..kumpul duit..pegi jalan-jalan. Tengok dunia..tengok kehidupan orang. memang ada betulnya...memang itu antara keinginan yang tertanam dalam jiwa sejak berpindah ke sini.

Kelakar pun ada...kasihan sekejap dengan diri sendiri. Insyaallah..5 tahun lepas saya kuat biarpun jatuh bangun sendiri..tanpa ada sesiapa disisi. Itu resume seorang ibu tunggal...nak-nak hari ni seolah disuntik dengan pesanan seorang kawan di tempat kerja...awak kena kuat Ja..katanya. Jadi ibu tunggal kena kuat dari pelbagai sudut...lebih2 lagi emosi.

Cukup-cukuplah dengan kecewa..hati ni terlalu berharga nak bersedih. Air mata ni terlalu mahal nak kutumpahkan .Hmmm...malam ini..aku berharap tahajudku lebih sempurna...lebih bermakna..dan moga Allah memakbulkan doaku..Insyaallah

No comments:

Sharing Is Caring