“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, June 17, 2011

Blog, YM, Skype, Ekawan

Di awal penglibatan saya di alam cyber ni bermula ketika masih belajar di ipta. Baru di tahun 2 kalau tak silap. Masa tu belum ada skype atau ym, yang glamour time tu ialah mirc. Hari-hari lepas kelas ke cyber cafe di bawah flat tempat saya tinggal. Kegilaan yang melampau..kebetulan masa tu saya ada kawan-kawan dari timur tengah. Budak2 malaysia juga yang rata-rata belajar di Jordan. Masa tu memang takde lain tujuannya cuma nak melepaskan tension berborak-borak dengan kawan2 alam cyber.

Namun, kakak saya lagi hebat..heheh. Tersangkut dengan abang ipar yang belajar di yarmouk ketika tu. Kakak di uia masa tu. Ingat lagi bila bertandang ke uia gombak, harus teman dia ke cyber cafe yang jaraknya boleh tahanla jugak...orang tengah bercinta..sanggup meredah pekat malam nak melepas rindu. Alhamdulillah..berbaloi pengorbanan mereka, bertunang tanpa kenal wajah dan fizikal masing-masing. Bila abang ipar balik je malaysia, terus nikah. Selamat...

Bila YM dan skype ada, saya melihat lagi banyak yang buruk dari baiknya. Bergantung jugak bagaimana mahu memanfaatkannya...di awal2 dulu, rajin jugak melayan. Tapi sekarang hanya selesa berblogging...platform saya bercakap dengan yang sudi membaca.Akaun di FB sekejap aktif dan ada masa tak aktif...saya malas nak mengupdate kisah hidup yang 'plain' warnanya...lagipun malas nak mengundang persoalan dan diintai orang yang tidak kenal siapa saya.

Cukuplah di chintaqaseh ni...segala luahan saya hanya untuk diri saya. Mungkin satu hari nanti ada yang lagi canggih dari blogging...mungkin saya terjah ke arena lain pulak. Janji kepuasan 'bercakap' saya rasakan...selebihnya hanya untuk tatapan ringan pembaca.

oh ya..hari ni saya buka ekawan...atau saya selalu panggil esawan...antara laman interaktif kuno yang slow bangat suatu masa dulu. Berpuluh-puluh email dalam inbox...mungkin malam ni saya akan cuba baca setiap darinya. Mana tahu..jodoh saya juga di esawan yang lembab ni..hahhahah.



2 comments:

zzlaloq said...

dah baca nih...hehe

Qaseh said...

uit...heheh mana ko pegi haaa. Memburung lagi eh. Ape cerita sekarang?

Sharing Is Caring