“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Tuesday, June 14, 2011

Aku Mengalah

Sakit lama datang balik..kali ni hampir setiap pagi terjaga. Paling aku risaukan kalau sehingga aku tumbang ketika faris dirumah..apa anak kecil tu nak buat. Petang ni lepas kerja, aku akur..ke klinik jugak. Dr.Bala yang merawat aku...soalan pertama keluar dari mulut dia..gastrik dah jadi balik ke?..aku angguk..doktor Bala minta aku kurangkan stress..aku tau itu penyebab utama aku sakit balik..anxiety menyerang balik. Cukup dgn magnesium dan charcoal tablet aku bali..harap2 malam ni dpt tidur lena. Aku tau badan aku dah penat dan kepala aku dah sarat dengan persoalan yang aku tak pasti sampai bila aku harus tanggung..

Jauh disudut hati..aku nak jeritkan pada dunia..semua ni tak adil. Semua ni tak patut berlaku pada aku. Aku dah tak mampu nak tanggung satu persatu pembohongan. Aku tak kisah jika diri aku terluka..tapi melihat mata faris dan masa depan dia..aku harus buat keputusan.

Sejauh mana lagi aku harus bertahan..? Kalau boleh..aku nak tamatkan segalanya. Biar aku berjalan dengan penuh yakin walau pedih dari berjalan sendiri dan mengharap yang tak pasti...ya Allah..kalau ini dugaannya..tolong hambaMu..kali ni aku tak mampu lagi. Aku benar-benar mengalah...

No comments:

Sharing Is Caring