“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, June 8, 2011

Unconditional Love

Unconditional Love..

Selalu kalau kecewa kita melihat diri sudah hilang segala-galanya..
Dunia ini terasa hancur..hidup bagai bangkai bernyawa..
Jiwa mati...

Namun...aku selalu cuba letakkan setiap kasih sayang itu adalah secebis dari kasih Allah..
pada sesiapa pun kita sayang atau kasih..itu adalah hadiah dari Allah swt..
Perasaan rindu dan cinta itu juga lahir dari keikhlasan sesuatu hubungan..
Kalau bila perasaan itu mati...itu juga adalah atas kehendak Dia..

tentu hati bersedih..kecewa dan berbagai lagi yang negatif..
Tapi itu sementara..masa akan mengubat hati
biarpun sakitnya sampai ke tulang hitam

Aku juga melihat kasih sayang seorang ini...
yang tidak bersyarat..yang meletakkan aku dalam hidupnya secara total..
insan kecil yang tak pernah luntur kasih sayang pada aku biarpun aku lupa membelinya susu ketika dia merengek di tengah malam sepi..
Ketika aku memarahi dia atas perkara yang tidak sepatutnya dia rasakan diumurnya...
Ketika aku lupa mencium ubun-ubunnya ketika dia mahu tidur...

Dan ketika ada orang lain mahu meraih cinta dan sayang dari aku...
sanggup meletakkan syarat...
tidak mahu ada anak itu bila dia besar kelak...
kerana dia bukan muhrimku..bukan darah dagingku...

dan aku katakan padanya...Allah beri kasih sayang kerana kasih itu tidak bersyarat...
Anak itu tidak meletakkan syarat ketika aku mengangkat dia menjadi anakku...
Dia memberikan kasih yang tidak bertepi...
Dan itu kasih paling tulen dan suci ...dan kasih itu bukan kasih yang dibuat-buat
itulah kasih dari Allah untuk aku...
Melalui anak itu...

Tolong fahami aku...
Aku bukan meraih cinta abadi di dunia ni...
Aku hanya menumpang setiap kasih sayang dari insan yang diciptakan untuk kita..
insan-insan ini semua sudah tertulis kehadirannya di dalam Lauh Mahfuz lagi..
dan aku sayang apa yang aku ada..
anak, mama, abah. adik beradikku, kawan-kawanku, kekasih hatiku...fahami aku..kasihku tidak bersyarat..bukan pada wang ringgit..bukan pada harta dan darjat..bukan pada status dan warna kulit..cinta dan kasih sayang aku tinggi nilainya...dan ia hanya untuk yang meletakkan bahawa kasih tidak perlu dibalas..tidak perlu dizahir dengan sentuhan dan ucapan..




No comments:

Sharing Is Caring