“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Saturday, April 23, 2011

Sihir


Sihir

Ade seorang pemandu pelancong yang berikan aku buku tentang sihir berjudul Sihir & Tenung Penipu Ulung. Buku itu diberikan pada aku hari terakhir di Pulau Samosir, Danau Toba ketika aku bercuti kesana suatu masa dulu. 2 hari sebelum beliau bagi buku tu..aku diganggu teruk di hotel penginapan di Pulau Samosir. Beliaulah yang membantu memulihkan aku. Banayk pesanan yang diberikan pada aku..tapi yang aku tak leh lupa bila dia pesan..kamu harus kuat adik..selalu mohon dengan Allah agar dilindungi.

Sepanjang perjalanan dari Lake Toba ke Brastagi, aku membaca buku tersebut..karya K.H Mawardi Labay El Sulthani. Aku tertarik dengan satu petikan yang ditulis dalam buku ni iaitu setiap diri manusia pasti terdapat syaitan dan manusia yang menyeleweng dari petunjuk Allah swt malah akan memperkuatkan lagi kedudukan syaitan bertapak dalam dirinya..

dari surah Al-Zukhruf ayat 36 - Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Ayat 37 - Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

Ayat 38 - Sehingga apabila orang yang berpaling itu datang kepada Kami (pada hari kiamat), dia berkata "Aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib, maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia)

Ayat 39 - (harapanmu itu_ sekali-kali tidak akan memberi manfaat kepadamu pada hari tiu kerana kamu telah menganiaya (dirimu sendiri). Sesungguhnya kamu bersekutu dalam azab ini..

Moga jadi iktibar....siapa yang menjadi hamba siapa dalam amalan khurafat ni..manusia menjadi hamba syaitan atau syaitan menjadi hamba pengamalnya..?


Allah swtlah pelindung yang hakiki...cukup hanya pada Allah. PadaMu hidup dan matiku..



No comments:

Sharing Is Caring