“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Tuesday, April 26, 2011

Malamku




Laluan bagaimana ini..
Tandus..penuh pasir debu halus
Ada angin kencang..kadang-kadang ribut datang..
kadang-kadang panas terik..
adakala senyap sunyi..tiada angin, tiada hujan, tiada ribut..


Kemana destinasi hidup..
Aku tahu dihujungnya pasti mati..
Angin juga akan mati, ribut juga akan mati, panas jugak akan mati..mati sunyi sepi

Yang hidup hanya roh...
Yang ada inginnya, ada maunya, ada kekosongannya...
Aku letih hidup dalam keriuhan..dalam sesak manusia yang lupa adab..
lupa jiwa, lupa batin..lupa solatnya..lupa diri..lupa Allah
Masing-masing membicarakan soal duit, soal kereta, soal keluarga, soal harta..
Berapa lama lagi..selagi roh akan berpisah dengan jasad..

Berapa lama pun lagi...semua harta kekayaan yang melimpah akan hanyut..dimakan nafsu nafsi
Aku tak mau hidup dalam dunia itu lagi...bila lupa bahawa Allah mahu kita berhubung denganNya..

Laluan ini...sukar ..tapi aku harus gagah tempuh..
sebab dihujungnya pasti ada bahagia..walau puas dilambung derita
aku pasti di hujung pasti ada kolamnya...
biar kering haus kaki..
aku mau membentuk roh muslimah ..bukan payah..tapi kenapa sukar bagi aku..
tudung labuh itu aku simpan ..masih disitu..ada kala aku cuba..dan aku letakkan semula
bantu aku ya Allah..

hati ini sudah dipanggil..aku tau dan aku sedar..
aku kini punya satu jasad tapi dua jiwa..



No comments:

Sharing Is Caring