“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Sunday, September 26, 2010

New Job, New Place, New Life

New Job, New Place, New Life..

Mana satu yang harus aku coretkan, semua yang baru2 ni datang serentak dalam hidup aku. Tahun 2010 tahun yang aku mark sebagai tahun hijrah aku..bukan bermaksud selama ini aku tak pernah menempuh suatu yang baru..tetapi tak ada kekuatan atau 'driver' untuk membuat perubahan. Berbeza kali ini, the will and motivation to move is strong..

Apa pun sebabnya..aku bakal memulakan langkah baru di tempat baru. 17 tahun aku meninggalkan utara tanah air..jauh dari mak abah, saudara mara..menongkah arus hidup sebagai ibu tunggal agak memenatkan tapi itulah comfort zone aku. Selesa dalam kepayahan..bermula dengan suka2..aku menghantar resume ke kilang itu yang terletak di Ipoh....terasa ipoh seperti tempat yang selesa untuk aku melalui hari tua..

Bila aku dapat offer kerja di Ipoh, perkara pertama yang aku buat ialah maklumkan mak abah...takut jugak kalau mak abah tak setuju, maklumlah sejak bergelar ibu tunggal, setiap gerak geri..keputusan aku dipantau mereka. namun, alhamdulillah, mak abah gembira..malah beria-ia nak datang ke Ipoh meraikannya..dan paling membuat aku gembira bila abah yang sudah 3 tahun tidak keluar rumah sejak strok mahu datang ke Ipoh pada hari aku berpindah..syukur.

Aku ke Ipoh last week, bersama dengan Faris...mencari rumah, tadika dan nursery untuk anakku tu. Ternyata, Allah sekali lagi makbulkan doaku..dengan senang aku dapat sebuah rumah yang cantik, simple dan sewanya juga berbaloi..paling aku gembira bila rumah tu dekat dengan surau, dengan nursery dan tadika faris. Aku pulang ke Shah Alam dengan hati yang lega..sekurang-kurangnya satu perkara lagi selesai dan aku memang tak sabar nak berpindah ke sana..

Aku sayang apa yang aku ada sekarang dan aku bersyukur atas apa yang akan aku hadapi di kemudiannya..yang pasti aku mahu membina hidup baru di tempat yang baru.

2 comments:

Anonymous said...

Hello, I new yours frient on this forum)

Qaseh said...

Really...mind telling that friend of mine to make up his decision

Sharing Is Caring