“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, May 17, 2009

Final Motivational Camp

Peserta seterusnya berkumpul di Amphiteater Pusat setelah membersihkan diri di toilet merangkap bilik air yang terdapat di Camar Rimba. Mungkin kalau boleh saya nak sarankan pada pihak TPM untuk memantau kebersihan toilet yang masih baru tapi tercemar seolah-olah tidak dibersihkan. Mungkin juga jadual pembersihan patut diadakanlebih kerap memandangkan pengunjung agak ramai terutamanya pada hujung minggu.
Makan tengahari yang disediakan oleh isteri En.Azmi (salah seorang jurulatih kem ) ternyata memang menjilat jari. menu yang 'simple' tapi sesuai dengan tahap kelaparan masing-masing apatah lagi bila baru keluar dari kolam memang menyelerakan. Pecal spesel hasil air tangan ibu En.Azmi memang 'best giler' sampaikan abih licing di ratah oleh peserta dan juga jurulatih.

Akiviti diteruskan dengan acara 'paradigm ball' iaitu aktiviti yang memerlukan kreativiti dan kerjasama antara pasukan. Game ini kami adaptasikan daripada sebuah game asal yang kami jurulatih pernah ikuti ketika berkursus di PD tahun lepas. Namun, kami permudahkan sedikit kerana batasan tempat, masa dan juga mengikut kesesuaian kumpulan peserta yang ada. Permainan ini memerlukan fokus dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan. Permainan ini juga dapat membantu peserta berfikir secara kreatif bagaimana hendak menghantar bola kepada ahli kumpulan mengikut syarat-syarat permainan yang ditetapkan. Masa juga menjadi faktor penentu sama ada kumpulan layak menang atau tidak.
Human Tie Knot ialah satu lagi game yang diadakan. Selalunya HTK diberikan diawal aktiviti kerana permainan ini sebenarnya digunakan pada masa sesi 'ice breaking'. Dalam aktiviti ini, peserta akan berkomunikasi dan membantu ahli kumpulan yang lain untuk melepaskan diri dari ikatan. Pada saya permainan ini unik kerana ianya sengaja direka nampak susah walaupun sebenarnya amatlah senang. Namun, permainan ini kami selitkan diakhir aktiviti untuk menilai sama ada peserta mampu berkomunikasi dengan baik setelah melalui beberapa aktiviti lain bersama ahli kumpulan. Masa yang diambil untuk menamatkan acara ini juga tidak terlalu lama.
Berakhir sudah kem motivasi terakhir MSE di TPM. Selaku trainer dan coordinator bagi keseluruhan 5 kem yang bermula dari bulan Nov 2009, saya amat berpuas hati dengan kerjasama 13 jurulatih dan 2 orang penyelaras aktiviti (yang sy pinjam dari seksyen lain) untuk membantu sekaligus memberi peluang meningkatkan kemahiran mereka sendiri. Walaupun pada mulanya susah untuk saya meyakinkan pihak pengurusan untuk meneruskan program ini, tapi alhamudlillah kita semua berjaya menunjukkan kebolehan kita..kita boleh tersenyum puas especially saya ..setelah 3 tahun program ini akhirnya terlaksana jugak.

Terima kasih trainers yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang kem berlangsung...terima kasih daun keladi..kalau rajin joinlah lagi..walaupun kita kena buat kerja free...

Sampai jumpa lagi..

No comments:

Sharing Is Caring