“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Friday, May 15, 2009

Final Motivational Camp







Imbas semula kem motivasi terakhir yang dijalankan di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam pada 21/02/2009. Seramai 29 peserta dan 13 jurulatih yang bertindak sebagai trainer dan penyelaras aktiviti hadir. Kem terakhir ini dijalankan dengan cara yang berbeza daripada yang sebelumnya. Seawal 6.30 pagi saya dan trainers yang lain berkumpul di pintu utama TPM. Peserta mula tiba di pintu utama pada jam 7.00 pagi. Selepas minum pagi di Amphiteater Pusat, peserta di bawa ke Empangan Sg.Baru untuk aktiviti jungle tracking.
Taklimat ringkas diberikan sebelum memasuki hutan sejauh 2.5 kilometer itu. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan berakhir di Empangan Air Kuning. Saya dan beberapa trainer lain pernah recce terlebih dahulu track tersebut dan saya akui di awal perjalanan tidaklah begitu sukar. Namun di pertengahan track, terdapat banyak halangan yang menanti. Peserta dijanjikan dengan denai yang licin dan sempit, terpaksa merangkak di bawah pokok kayu tumbang yang besar, memasuki lopak air, turun naik bukit dan juga gigitan pacat.
Selesai jungle tracking, peserta kelihatan agak 'cuak' dengan kehadiran pachat..itulah gelaran kami pada binatang kecil yang unik ini. Ada yang hampir menangis kerana melihat pacat yang kenyang kegemukan menghisap darah. Tapi sebenarnya saya sendiri takut dan geli geleman dengan pacat, bolehlah dikatakan pacat disini agak ganas sehinggakan bahagian perut saya turut menjadi santapan makhluk ini.

Selesai tracking, peserta dikehendaki pergi ke Camar Rimba dimana mereka diberikan tugasan yang memerlukan mereka 'basah'. 3 aktiviti disediakan dan mereka dikehendaki masuk ke dalam kolam di Camar Rimba. Bermula dengan aktiviti memindahkan air dari kolam menggunakan tangan ke dalam botol mineral 1.5 liter sehingga penuh. Seterusnya aktiviti yang agak mencabar iaitu mengutip duit 1 sen di dasar kolam. Aktiviti ketiga pulak memerlukan peserta menyelam dan membuka mangga yang dipasangkan pada tabung.

Walaupun penat dan ada peserta yang hampir lemas walaupun kedalaman kolam hanyalah 4 meter lebih..peserta masih bertenaga dan tetap mahu menyelam hingga ke dasar kolam. Saya juga ucapkan syabas pada peserta wanita yang agak veteran yang tidak putus-putus mencuba menyelam sehingga tersemput-semput menahan nafas untuk memastikan kumpulan beliau mendahului..tak ketinggalan ada yang mungkin pertama kali masuk ke dalam kolam mengambil peluang 'belajar' floating sehinggakan lupa mereka sebenarnya sedang bertanding...

Begitu juga dengan trainers yang ala-ala aquaman mengambil peluang menunjukkan teknik2 selaman yang ntah hape2..sampaikan tak nak keluar darikolam hehehhe. pendek kata..macam syok sendiri pulak rasanya..

Sselesai aktiviti, peserta diberikan tempoh 1 jam untuk pulang ke amphiteater Pusat dan membersihkan diri sebelum makan tengahari..

No comments:

Sharing Is Caring