“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, June 17, 2012

Lagu Cintaku

Suatu hari sang suami bertanyakan padaku..
Apakah lagu yang mengenangkan cintanya padaku..
Yang menggambarkan kisah cinta kami berdua..
Aku diam...
Kata suami..aku lebih sukakan lagu Inggeris..
dia pulak tak sukakan lagu Inggeris..
Aku masih diam.. sebenarnya hati sedikit terguris dengan senandung lagu yang suami mainkan di cd player

Dalam hati..aku bisikkan..terlalu banyak lagu yang menggambarkan rasa sayang cintaku padamu wahai suamiku
malah boleh aku karangkan lagu yang paling jiwang untuk kau hayati..
Tapi lagu-lagu sedih jiwang tu hanya mengimbas kenangan sedih..antara aku dengan kamu
Maka kita biarkan jerlah yang berlalu itu sebagai sejarah..
aku masih diam..soalan suami aku tinggalkan jadi satu tandatanya..

Suatu malam..aku smskan pada suami
Terus terang..kalau kau tanya apa perasaanku sekarang..aku akui yang
half of me is complete..
half of me is in heaven..
Paling terkesan doaku titip pada Illahi..supaya gerakkan hati kecilmu 
jika benar kita masih berjodoh
..permudahkan urusannya..dan tautkan semula kasih kita lebih dari dulu..
Alhamdulillah.. Allah dengar doaku
Aku mahu jadi isteri yang taat..jadi biar apapun badai dalam rumahtangga kita
jangan letakkan aku dikakimu
bila Allah muliakan aku sebagai seorang isteri
Hormati maruah dan hatiku yang sudah sarat dengan pelbagai ujian..
bahagiakan aku sebelum ajal menjemputku..
tentu ada hikmah mengapa Allah letakkan aku dalam hidupmu..
Semoga pernikahan ini bukan satu hukuman bagi kita..malah mampu mengajar orang lain bahawa kasih sayang Allah sangat2 universal..
Aku rasa tenang sekarang..malah lebih bahagia dari dulu
Semuanya atas rahmat dan izin allah
Pendek kata wahai suamiku..aku jatuh cinta maut pada lelaki yang bergelar suamiku sendiri..

dan cintaku itu hanya atas izin Allah swt..dan kisah cinta kita bagaikan sakti untukku..

Adindamu~





No comments:

Sharing Is Caring