No more insomnia..alhamdulillah syukur. tentu banyak alasan mengapa ramai orang insomnia. Penyakit zaman sekarang..zaman kekalutan hidup. Penyakit mental dan dikaitkan rapat dengan depression..kesan dari penyakit hati dan jiwa yang sangat-sangat lara. 8 bulan aku diserang insomnia..aku start dpt penyakit ni setiap kali aku sangat2 risau tentang sesuatu..kalau time study dulu dah tentunya exam yang membuatkan aku serabut. Dulu aku kerap beli ubat 21st cent bagi membantu aku mudah tidur..tapi lama-lama dah tak lut. Untuk mendapatkan tidur yang sangat-sangat berkualiti amat payah..just imagine struggling every nite to get rid of all things playing i ur head. Penat sangat2..
Setengah orang boleh get use to insomnia..ada yang makan dan minum , tonton tv atau membaca..dan yang peliknya mampu bekerja seperti biasa pada siang hari. But not for me, cukup 3 hari insomnia, muka aku dn jadi cam muka kak limah..tinggai tak berkain batik dan berbaju kurung kedah jer lagi kut. Penat layan insomnia ni nak-nak bila kita dah sangat penat dan ngantuk, tapi kepala masih aktif bekerja. Pejam pun still nampak itu ini..
To understand why some people suffering with insomnia..cuba cari root causenya. Root causenya tak lain tak bukan apa yang meresahkan dan paling menganggu fikiran. Cuba tackle masalah itu dengan segera..kalau perlu raised red flag ..shout for help. Kalau masih gagal..cuba minta some one temankan especially kawan atau saudara mara masa nak tidur. Talk with them and penatkan diri dengan aktiviti sebelum tidur. Buatlah exercise ke, masak best-best ke, gardening ke, outing ke, atau cari jer hobi yang baru..cam aku start my own small business. Insyaallah, kita akan lupa dan tenggelam dengan hobi dan tak delah 24 jam memikir masalah dan masalah.
Insomnia is a silent killer for me..badan dan minda akan gagal berfungsi dengan baik. Mudah dapat penyakit kronik seperti kanser, imuniti badan lemah, jantung lemah, hormon badan berubah, amat-amat berselera makan di sebelah siang, pening dan sakit kepala tu normal...in a long term..bagi aku can caused either anxiety yang terlampau dan kalau tak dirawat boleh effect fizikal dan mental. Get more info here..
As for us Muslim..gunakan masa malam bermunajat. Aku pernah tertidur dengan kain telekung dan tasbih di tangan..walaupun time tu dah hampir 5 pagi. Tapi having at least 2-3 hours sleep is precious..Alhamdulillah insomniaku terubat jugak..insyaallah.
Oh yes...pesanan sedikit untuk sahabat yang dikasihi..tambahkan doa ni dalam amalan harian. Insyaallah..cari ketenangan diri melalui Allah swt.
Hasbiyalloohu lidiinii hasbiyaloohu lidun-yaaya hasbiyalloohu limaa ahmmanii hasbiyalloohuliman baghoo ' alayya hasbiyalloohu liman kaadanii bisuu' in wa laa haula wa laa quwwata ilaa billaah.
"Memadailah Allah untuk Agamaku, memadailah Allah untuk duniaku, memadailah Allah untuk menyelamatkan dari apa yang menyusahkan aku, memadailah Allah untuk siapa yang membuat aniaya kepadaku, memadailah Allah buat siapa yang berniat jahat terhadapku. Tidak ada daya-upaya melainkan dengan pertolongan Allah."
Amin
No comments:
Post a Comment