“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Monday, May 2, 2011

Penat

Penat di Teluk Batik belum habis..pagi ni sepupu2 ajak mandi manda di sungai pulak. Riuh bila aku setuju nak bawak deme. Jangan kata yang muda..yang tua2 pun sama naik. Bawak storm pak lang..budak2 semua dok belakang. Dah macam bawak pelarian jer rasanya. Siap nyanyi berbagai...nasib baik le jarak dari rumah ke sungai tak jauh, kalau tak mungkin aku terpaksa tutup kanvas storm kt belakang tu, biar budak2 tu betul2 jadi cam pelarian jer..hehhe

Aku tak mandi pun, jadi pemerhati jer..maklumlah bawa budak dan mak2 budak yang kecintaannya pada air ngalahkan badak tak jumpa air seminggu...tapi kejap jerlah. Tapi bila nengok deme best berendam dlm air yang maha sejuk, slow2 aku join the team. memang air sejuk..segar kejap rasanya tubuh. bawak mee sanggul, nasi goreng.. semuanya termasuk kek hari jadi si syafikah habis kena balun dek cousin2ku...licin bersih.

Adalah barang 2 jam kat situ ..puas jugakler nak ajak balik sorang2. Masing-masing tak tukar baju...semuanya dah macam kena tsunami..selamba basah lencun balik rabat naik keta. Balik lagila aku rase bergoyang semacam jer bawak...rupenye deme berdiri pulak ambik angin nak keringkan badan2 kat belakang...macam2 ler bawak budak2 ni. Riang ria 48 jam..

Penat betul 3 hari bercuti..esok kerja..kerja ke? Macam malas ya ampun nak pegi..penat masih berbaki. Dalam keta driving tadi..aku terpikir kata-kata last makcik aku sorang ni....ntah mana datangnya idea dia bertanya soalan cepumas tu kat aku. Tak sesuai..tak sesuai.

No comments:

Sharing Is Caring