“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Tuesday, June 2, 2009

Aku Sekarang Ini

Aku sekarang sibuk mengatur hidup dengan rutin yang baru. Jadual kelas pun aku dah susun. PC lama kat rumah tu pun aku dah setup kat bilik store yang aku akan upgradekan menjadi bilik study. Mungkin aku perlu cat bilik ni dan tukar curtain baru. Sofa panjang lama kat bilik tengah tu aku letak di bilik store. Agak-agak penat, aku landing jer kat situ. Buku-buku masa belajar dulu aku dah minta adik yg kebetulan ada kat rumah di kampung tolong bawakan.

Hujung minggu ni aku perlu menyusul lagi ke kampus, nak register subject. Kak nida dah beberapa kali sms ingatkan aku kalau-kalau nak kena bayar lagi utk register subjek. Si fini pulak remindkan aku agar tak terlambat bayar payment utk sem ni..beruntung dapat kawan-kawan macam ni. Nilah kawan aku yang akan menjadi peneman aku di kampus.

Faris tumpang seronok aku nak belajar. Selasa lepas aku bawa dia ke kampus..naik monorail. Beria dia ajak aku naik lif ..nak tengok kelas mama katanya. Supaya dia tak menganggu masa study, aku alihkan semua toys dalam stor ke bilik Faris. Kerusi kecil faris aku gantikan yang baru..aku belikan juga white board dan marker pen agar dia boleh menulis di biliknya.

1 tahun lebih jer sayang..bagi can mama nak belajar dulu k. Aku berbisik lembut ke telinga faris masa dia tidur nyenyak malam tadi..


No comments:

Sharing Is Caring