“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Tuesday, May 26, 2009

Suami oh Suami

Kira-kira dunia hiburan di malaysia gempar dengan kisah ustaz akil hayy dan artis padang pasirun..waheeda. Sebenarnya, aku suka dengan kedua-dua artis ni. Maybe sebab penampilan dan misi mereka untuk berdakwah dengan cara yang lebih santai dalam mendekati jiwa remaja . Pada awal lagi aku selalu 'berkenan' dengan personaliti mereka berdua dan pernah terlintas di hati suatu masa dulu..silap2 haribulan kahwin diorang berdua ni..hehheh. almaklumlah..pada aku seorang 'ustaz' seharusnya tahu tentang hukum hakam aurat dan batasan..dan kemampuan berpoligami jika mampu dan dapat berlaku adil..so why not kalau dah tersurat. It's a good thing malah aku rasa ustaz akil akan dipandang lebih profesional dalam hal ini.

Sayangnya, sikap mereka yang pada aku agak 'pasif' dalam hal ini ternyata menjadi buah mulut orang..dan kini aku sebenarnya agak terkilan dengan sikap kedua-dua pendakwah ini yang tidak profesional dalam mengendalikan masalah ini. Of course mungkin ada butir-butir lain yang kita orang luar tidak tahu dan tidak faham..tetapi secara logiknya..aku berpendapat akil hayy haruslah tampil dan menjelaskan isu ini agar kekusutan antara beliau dengan isterinya dan waheeda selesai. Jadilah seorang 'ustaz' yang profesional dalam hal ini.

Pada aku yang nyata, kalau sudah ada green light dari isteri pertama..seharusnyalah Waheeda dan Akil Hayy akan bergembira dan melangsungkan niat mereka dengan segera. Bukankah itu lebih afdal..pada aku poligami itu harus bila ada lelaki yang benar2 mampu, seorang yang tahu hukum hakam agama, atau untuk mengurangkan jumlah wanita yang andartu (sorry) atau janda..dan paling penting untuk mengurangkan fitnah orang.


Aku kagum dengan saudara Salleh Yaakob yang lebih terbuka tentang hal ini..berbini 3 nak masuk 4..bukan perkara yang mudah. Ada lelaki nak tambah satu cawangan pun belum tentu mampu..(dari segi zahir maupun batin)..ini pulak 4. Bila Salleh Yaakob hadir dalam rancangan Ally Iskandar awal tahun ini..aku tersenyum kerana gelagat santai beliau tapi sebenarnya kata-kata beliau sungguh mendalam. Beliau merasakan itulah jalan yang sudah ditetapkan untuknya..(poligami) maka iya..Allah permudahkan jalan itu untuk beliau. Dan beliau bukan seorang ustaz..cuma seorang dj, yg pada pandangan kasar orang lain..mungkin merasakan yang beliau berkahwin atas sebab lain. Atas sebab yang terlalu typical..


Isu ini pernah kami (kaum haw) bincangkan di pejabat ketika lunch...of course ramai yang membantah..tapi salah seorang sahabat aku dengan nada suara yang perlahan berkata "pada aku kita ni milik allah dan bukan milik sesiapa pun di atas muka bumi ni". Apa salahnya berkongsi..walaupun dengan akad mezahirkan seorang suami menjadi milik seorang isteri, tak bermaksud dia milik kita selama-lamanya..esok2 allah ambil juga (meninggal dunia) ..jadi apa salahnya jika diizinkan suami tu berkahwin lain..dahlah bilangan perempuan makin ramai.Ada betulnya kata-kata itu

Dulu aku menentang keras poligami, tapi aku menentang kerana geram dengan sikap suami yang bermain kayu tiga dibelakang..kalau benar ingin menikah lagi terus terang dong...jangan membuat onar dibelakang...sebab malunya terpalit pada semua. Cuba kalau benar-benar berkeinginan..aku sendiri akan pinangkan wanita itu untuk suamiku. Untung-untung dapat payung emas di akhirat kelak..tapi biarlah suami kita tu seorang yang benar-benar mampu, ini diri sendiri tunggang langgang kat tikar sembahyang..makan pakai pun bini nak tanggung..tapi ada hati nak berbini lagi..hehehhe..suami oh suami.





No comments:

Sharing Is Caring