“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Thursday, May 28, 2009

Registration

Insyaallah besok aku akan mendaftar di UUM KL kampus sebagai pelajar MBA. Alhamdulillah tahun ni aku disuntik semangat untuk meneruskan pelajaran setelah sekian lama angan-angan ini aku pendamkan. Last year pun sepatutnya aku dah further tapi course yang aku apply tu sebenarnya kurang serasi dengan jiwa dan hati aku ni.
Esok Faris aku akan hantar sekejap ke rumah ex, rasa cam nak bawa jer Faris sekali tapi takut menganggu pulak. Tapi bila aku cakap besok mama nak pegi sekolah mama..dia beria-ia nak ikut. Tapi tak wajar kalau aku bawak faris, takut kalau2 sedang sibuk register, dia terlepas dari pandangan mata aku..hilang ntah kemana. Registration akan bermula dari pukul 9 hingga 12.30 tgh. Baik dari mendaftar, aku akan bawa faris pegi rawang rumah makcik aku. Dah lama tak pegi..faris suka pegi sana, kawan dengan cik yah dan cik ika dia.
So, tk lama lagi aku akn berdepan dengan kehidupan yang baru. Begitu juga dengan faris. Yang tak bagusnya ialah aku akan lebih kelam kabut dan totally kena ubah rutin idup. Bagusnya, ialah faris akan punya lebih masa bersama ex aku ..father and son things.

No comments:

Sharing Is Caring