“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Wednesday, September 24, 2008

Oh Remaja


I've lost my voice today, yg keluar cuma suara garau. Batuk pulak menjadi-jadi, peritnya tekak..Tuhan jer yang tau. Kalau gi klinik confirm dapat mc, tapi next week pun dah nak cuti panjang and there are tones of work need to be done..so aku gagahi jugak masuk office. Hehhh..cam skima jer ayat aku ni. Lagipun aku nalas dok umah, faris pegi umah abah dia, aku takde kawan nak main tembak2...so baik aku dok kat office sambil ehemehem..blogging.

Mlm tadi family aku agak kecoh..my twin sis called semlm,tapi aku boom awal so takdelah aku angkat call dia. Pg ni adik aku plak call mengexplainkan bahawasanya adik bongsu aku yang menjadi intan payung berlian mak aku dah buat hal. Adik aku tu memang sengal sikit..but for me..adatlah teenagers..umo gitu mmg tengah sarat dengan cubaan sosial dan mental yang datang bertubi-tubi. Selama ni, kitorang tengok dia selalu relax dan cool, sokmo buat lawak sengal dia tu, but last nite dia ngamuk..memberontak sampaikan abih dicantas pokok bunga kesayangan mak aku dengan pisau. Of course bonda aku panik..dan kakak aku yang bila bercakap mcm meriam buluh tu cuba nak menenangkan keadaan but it became worst.

Selalunya akulah jadi pakar kaunseling pada adinda-adinda aku sumer. Before this pun aku perasan dia selalu alone dan aku pernah gak tangkap dia tengah sobbing sorg2 dlm bilik...alasannya dia boring..rase terpenjara dengan kerenah mak dan kakak aku yg terlalu mengawal tindak tanduk dia. Dipendekkan cegita, rupanya bonda kesayangan aku dah stop bagi elaun kat dia..coz adik aku ni dah buat rumah tu cam istana hinggap dia. Nasib baik mak aku tak hinggapkan penampo kat muka dia...

Pagi ni everything dah reda..abah aku bagitau semuanya under control. Lega rasanya..raya dah nak dekat..takkanlah pulak nak buat hal sensasi mcm ni...tapi bukan itu persoalan aku...yang lebey aku risaukan ialah kenapa remaja sekarang tahap pemberontakannya lebey teruk dari remaja zaman dulu kala. Of courselah, banyak pengaruh negatif diimport secara tdk langsung dari luar..tapi adakah mungkin juga ini trend ..budaya remaja mesia sekarang. nak tunjuk hero dengan cara mengamuk, memberontak, meremp-it, meragut, membunuh, membuli dan perlbagai lagi aktiviti yang tidak baik sama sekali.

Dan of course orang akan puncanya dari ibu bapa...aku setuju tapi zaman sekarang anak lebey banyak di luar ( sekolah, tuisyen, sekolah agama, panggung wayang, jalan, shopping complex) dari duk di rumah..pendek kata environment sekeliling turut mempengaruhi. Ibu bapa tak boleh 24 jam nengok anak membesar depan mata..semua kena keluar kerja cari nafkah..unless si bapak mampu menanggung semua ongkos2nya, so para ibu bolehlah jadi cikgu diumah mengaja anak. Anak2 remaja pulak kalau dah menginjak umo 18 tahun..standardnya dah menapak meninggalkan rumah untuk sambung blaja, kerja kat tempat yg lebih menjamin prospek dan masa depan dan sebagainya. So sekali lagi faktor persekitaran memainkan peranan yang maha penting dalam membentuk sahsiah dan nilai murni dalam diri anak2. Anak aku sendiri yang baru masuk umo 2 tahun lebey dah pandai nyanyi lagu aku memang pencinta wanita..walaupun kat rumah aku ajar nyanyi lagu 25 rasul...so again..faktor persekitaran (termasuk kawan2)...antara faktor menyumbang kepada masalah ini.

Kenapa begini drastik sekali perbezaaan remaja dulu dan sekarang? kadang-kadang aku terfikir...adakah kerana malaysia semakin membangun..ini harga yang kita perlu bayar untuk membentuk generasi akan datang yang juga bakal pemimpin dan para cendiakawan negara...aku tak brani nak imagine kadar jenayah, baik juvenil ataupun yg melibatkan jenayah berat di mesia di masa akan datang. Dulukala..masa aku study of course one of the impact bila inflation tinggi ialah meningkatnya kadar jenayah..nilai duit menjadi terlalu sedikit sehinggakan RM% yang kita bagi pada anak pun maybe tak mencukupi..bila diorang nagmuk minta lebey tentu kita pun ngamuk sama sebab dah budget nak cover duit petrol dan lain2 kos. So, faktor ekonomi turut memainkan peranan...

Aku akui ...'pekerjaan' kita sebagai ibu bapa pun turut mencabar..nak mendidik anak bukan lagi setakat pegang rotan dan pukul..tapi programmingkan diorang dengan software keagamaan dan ilmiah..bukan dengan PS2, Ben 10, handphone, ipod dan mcm2 benda yang material...susah kan..memang susah. Macam mana susah pun aku rasa kenalah harung..biarlah rumah tu sempit, ramai camne pun anak biarlah semua duk di dlm rumah daripada dok merayau kat shopping complex. Banyak mana pun masalah kita hadapi...pada aku janganlah sampai anak2 yang jadi mangsa..sebab bila anak boring dok umah..mulalah dia cari mak bapak baru dan adik beradik baru yang kita tak tau ketulenannya..

No comments:

Sharing Is Caring