“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, September 26, 2011

Next Chapter Perhaps...

Syawal dah berlalu pergi..alhamdulillah berkesempatan meraikan kemenangan menahan nafsu dan amarah sepanjang ramadhan biarpun begitu besar dugaan yang mendatang tahun ini. Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa hati kecik ni dah tak mampu nak membendung lagi segala macam kepayahan hidup. Tapi Allah swt maha mengetahui dan tahu kemampuan kita menghadapi dan menerima setiap ujian dariNya..maka aku tahu aku juga mampu. Insyaallah..

Dah hampir 9 bulan di Ipoh, ternyata aku masih tidak mampu menyesuaikan diri di sini. Dari sudut kehidupan dan fitrahku jelas menolak bahawa tiada apa yang indah lagi di sini. Alhamdulillah, di office aku gembira menjadi orang lain dan masih mampu bergurau dan senyum dengan kawan-kawan biarpun terdetik dalam aku tak akan lama di sini.

Sem baru dah bermula, tinggal lagi satu paper jer lagi. Aku tak sabar-sabar nak sibukkan diri dengan kuliah dan paling penting aku nak sangat habiskan semester ni dengan jayanya. Insyaallah aku nak cuba mohon kerja sebagai lecturer..dan hasrat nak sambung lagi pengajian masih tersemat dalam hatiku. Insyaallah..

Aku akan cuba bertahan sehingga hujung tahun di sini..jika tidak ada apa2 yang berlaku..setakat itu sahaja hayatku di bumi Ipoh..biarpun suatu masa dulu pernah aku impikan lama disini. Hakikatnya..disini tidak lain hanya memberikan aku kesakitan yang terlalu berat dan aku tak boleh paksa hati aku lagi. Insyaallah..aku hanya merancang..tapi hanya Allah yang mengetahui yang terbaik dan apa pun keputusannya..aku harap ianya yang terbaik untuk aku dan faris. Sudah sampai masa aku memikirkan kepentingan diri kami berdua..melebihi daripada orang lain.
Moga Allah swt menyuluh jalan hidupku dan sentiasa berada dalam lindunganNya.


No comments:

Sharing Is Caring