“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, August 15, 2011

Yang Terpuji ~

Mama..mama benci ayah ke. Dia diam sambil merenung anak itu...kenapa mama benci ayah. Dia diam lagi..sambil melipat telekung ke dalam beg untuk berterawih. Saat dia melangkah keluar dari rumah dan mengunci pintu..anak itu masih lagi memandang tepat minta jawapan. Dia diam..masih diam. Tak punya jawapan untuk soalan itu...Saat tiba di pintu masjid...anak itu bersuara lagi.."ma..dia kan Moestaffa. Dia terpaku..air mata mahu bergenang..ditahan kuat. Perlahan dia membalas..mama harap ayah punya sifat penyantun seperti Baginda Rasul..penyayang dan jujur. Dan sepanjang terawih...dia gagal membendung air mata dari mengalir lagi. Benar-benar hatinya luluh hancur. Dia hanya mampu terus bersujud dan mohon ketenangan hati..moga Allah memberi taufik dan hidayah padanya.


No comments:

Sharing Is Caring