Ada lagi ke manusia yang ikhlas kat dunia ni? KIta bercakap pasal politik..kata orang orang politik tu kotor. Tapi zaman sekarang ni..semua orang berpolitik...biarpun dalam urusan seharian. Semua orang nak menang..semua orang ada kepentingan!..duit, maruah diri, kuasa, kedudukan jadi buruan. Macam mana kalau dalam kehidupan harian kita sendiri...pernah tak dimanipulasi atau memanipulasi kelemahan orang lain untuk kepentingan diri...untuk mendapat apa sahaja yang dihajati selagi mampu. Paling buruk bila menggunakan agama..bagi mempolitikkan keadaan..bagi memanipulasikan kelemahan orang lain bagi kepentingan diri..tanpa kita sedar.
Aku tak tau kalau masih wujud manusia yang jujur...bila kudebatkan dengan kawan-kawan..akhir sekali yang mampu mereka lahirkan dari mulut mereka...inilah manusia akhir zaman. Aku cakap dengan sorang kakak ..aku cakap aku ni nampak jer ganas..tapi lurus bendul..kalo kena kelentong..kena tipu..aku memang tak dapat hidu semua2 tu..kakak tu cakap ngan aku..kau tak pernah tipu orang sebab tu kau tak reti bila orang tipu kau ...lama aku terdiam..ingat pulak kata-kata bekas suami..kalau awak dah jumpa some one nanti..pastikan dia tak pandai ambik kesempatan atas awak.
Nampak sangat orang macam aku ni mudah kena tipu agaknya...dimanipulasikan..diperkotak katikkan....aku takde apa-apa pun yang orang nak.. duit..harta benda yang aku dapat..aku kongsi dengan mereka-mereka yang aku sayang dengan ikhlas..namun nak menipu orang aku memang tak boleh buat...sebab aku tahu Allah tu adil ..kita buat orang..kita kena balik. Berterus terang dan ikhlas bukan lagi nilai hidup zaman sekarang...dan itu bukan nilai yang kita kena belajar atau kena cari..itu nilai maruah diri kita...harga diri kita. Biarlah ditipu...itu mainan syaitan bertopengkan manusia...di padang mahsyar esok...si polan polan ni semua akan cari kita balik..
kalau time tu duit tu lak..aku tak kisah..boleh buat beli saham masuk dunia syurga...takut2 setiap perbuatan tipu muslihat tu ditayang-tayang di kepala..nampak wajah-wajah mereka yang ditipu...nak-nak kalau rakyat ditipu pemimpin...tak giler ke kalau nampak muka-muka orang yang kome tipu tu...
Boleh giler wooooiii...
No comments:
Post a Comment