“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Sunday, May 15, 2011

Urgghh

Kawan ajak ke bandung lagi dalam bulan 6 atau 7..aku tak sure nak join atau tidak, belum balas sms kak nida tempoh hari. Jue di KL pula mengajak aku ke Penang..Dan aku sendiri berkira-kira merancang untuk menemani sahabatku jauh ke utara untuk propaganda yang lebih penting.

Yang penting aku tahu ada hati yang perlu aku tiupkan semangat padanya...hati yg dah hampir patah kecewa. Aku marah dengan seseorang..terlalu marah. Antara 2 jalan yang dia boleh pilih..kenapa perlu memilih jalan yang gelap. Sedangkan itu bukan diri dia..atau sebenarnya itulah dirinya yang sebenar..dan selama ini dia hanya hidup dalam kepura-puraan. Dia dah berubah.

Pagi tadi aku dapat sms dari atef..rupanya ada hikmah bertemu semula dengan pak arab sorang ni. Ke utara nanti..aku perlu bantuan dia..moga jalannya mudah dan dilindungi Allah..
apa yang aku perlu buat..? aku pun tak tahu..aku anggap misi mustahil ini jihad kecil aku..mencari suatu hati yang mati. Allah..aku perlukan bantuan dari-Mu.


No comments:

Sharing Is Caring