“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, October 27, 2008

Selaut kasih jika diberikan pada seorang manusia..pasti mati bila ombak menghempas.
Selaut rindu jika dicurahkan pada manusia..pasti pudar bila taufan datang
Selaut cinta jika disemai pada seorang manusia..pasti lenyap bila badai melanda..

Bukankah cinta, kasih dan rindu fitrah manusia..
kenapa manusia kalah bila semuanya lenyap...
Hati meruntun merayu kasih..
Jiwa mendayu berlagu rindu..
Fikiran kacau mencari cinta..
Adus..sesak rimas...jiwa kacau
Bengang..bingung..kosong..

Tiba-tiba hati berbisik kecil..
Letakkan Allah di dalam hati..biar penuh..biar banyak..
Jangan lupa zikrullah di lidah..biar basah..sampai penat
Bernafas dengan Allahhu..setiap hela..sampai lelap
Al-Quran peneman..penyuluh hati yang lusuh..

Bersujud mohon ampun..biar ikhlas
Aku cuma mahu sedikit dari kasih, cinta dan rindu..
Aku mahu sedar dari lamunan..
Bahawa sudah semestinya rasa kasih, cinta dan rinduku..
Hanya untuk Penciptaku...
Biar aku selalu dalam wilayahMu..
Biar aku sentiasa kasih
Biar aku sentiasa rindu
Biar aku sentiasa cinta...
Biar bersemarak..sebab kasih, rindu dan cintaMu tak pernah luak walau datangnya badai, taufan ataupun ombak yang menggunung..

No comments:

Sharing Is Caring