“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Sunday, May 31, 2009
Registration II
Thursday, May 28, 2009
Registration
Wednesday, May 27, 2009
Renung2kanlah dan Selamat Beramal
Clip ni aku dapat dari kakak aku..actually boleh dapat dari youtube. So , kita renung2kanlah bersama. Jangan layanzzz jer...tapi layan dan ambil iktibar. Sebagai tazkirah untuk diri sendiri jugak..insyaallah
Tuesday, May 26, 2009
KENALI PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar.
Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan. Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
Keras hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.
JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.
OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.
OKTOBER
Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat
NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Cuba Try Test
beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii
brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...forwrad klaau adna boelh bcaa ini...
Suami oh Suami
Sayangnya, sikap mereka yang pada aku agak 'pasif' dalam hal ini ternyata menjadi buah mulut orang..dan kini aku sebenarnya agak terkilan dengan sikap kedua-dua pendakwah ini yang tidak profesional dalam mengendalikan masalah ini. Of course mungkin ada butir-butir lain yang kita orang luar tidak tahu dan tidak faham..tetapi secara logiknya..aku berpendapat akil hayy haruslah tampil dan menjelaskan isu ini agar kekusutan antara beliau dengan isterinya dan waheeda selesai. Jadilah seorang 'ustaz' yang profesional dalam hal ini.
Pada aku yang nyata, kalau sudah ada green light dari isteri pertama..seharusnyalah Waheeda dan Akil Hayy akan bergembira dan melangsungkan niat mereka dengan segera. Bukankah itu lebih afdal..pada aku poligami itu harus bila ada lelaki yang benar2 mampu, seorang yang tahu hukum hakam agama, atau untuk mengurangkan jumlah wanita yang andartu (sorry) atau janda..dan paling penting untuk mengurangkan fitnah orang.
Aku kagum dengan saudara Salleh Yaakob yang lebih terbuka tentang hal ini..berbini 3 nak masuk 4..bukan perkara yang mudah. Ada lelaki nak tambah satu cawangan pun belum tentu mampu..(dari segi zahir maupun batin)..ini pulak 4. Bila Salleh Yaakob hadir dalam rancangan Ally Iskandar awal tahun ini..aku tersenyum kerana gelagat santai beliau tapi sebenarnya kata-kata beliau sungguh mendalam. Beliau merasakan itulah jalan yang sudah ditetapkan untuknya..(poligami) maka iya..Allah permudahkan jalan itu untuk beliau. Dan beliau bukan seorang ustaz..cuma seorang dj, yg pada pandangan kasar orang lain..mungkin merasakan yang beliau berkahwin atas sebab lain. Atas sebab yang terlalu typical..
Isu ini pernah kami (kaum haw) bincangkan di pejabat ketika lunch...of course ramai yang membantah..tapi salah seorang sahabat aku dengan nada suara yang perlahan berkata "pada aku kita ni milik allah dan bukan milik sesiapa pun di atas muka bumi ni". Apa salahnya berkongsi..walaupun dengan akad mezahirkan seorang suami menjadi milik seorang isteri, tak bermaksud dia milik kita selama-lamanya..esok2 allah ambil juga (meninggal dunia) ..jadi apa salahnya jika diizinkan suami tu berkahwin lain..dahlah bilangan perempuan makin ramai.Ada betulnya kata-kata itu
Sunday, May 24, 2009
Pilihan di tangan kita
penting sangat ker kalau aku luahkan apa yang terbuku disini..
bodoh sangat ke aku nak memahami isi hati seseorang sedangkan yang ada dan lebih dekat dengan kau pun tak faham isi hati dan siapa kau sebenarnya..
jendela kau dengan jendela aku umpama timur dan barat..
tafsiran kau dengan tafsiran aku berbeza..
so...kita tamatkan apa yang kita mulakan 13 tahun yang lepas...
jangan diseru yang bukan milik kau..
jangan diikat sesuatu yang bukan milik kau..
kau lawan atau kawan..?
Sunday, May 17, 2009
Final Motivational Camp
Terima kasih trainers yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang kem berlangsung...terima kasih daun keladi..kalau rajin joinlah lagi..walaupun kita kena buat kerja free...
Sampai jumpa lagi..
Friday, May 15, 2009
Final Motivational Camp
Thursday, May 14, 2009
Demotivated
Bagi aku..seorang yang bekerja di sumber manusia dan bahagian training khususnya menjadi orang tengah mendengar keluhan pekerja dan ketidakpuasan hati pihak pengurusan..bukan aku tak cuba menerangkan masalah pekerja yang nyata di'kerjakan' macam mereka tidak punya hati dan perasaan..tapi setiap kali aku utarakan isu ini..pada pihakpengurusan ini bukan alasan!! Oleh itu, aku lebih suka berdiam diri dan melihat sejauh mana pihakpengurusan akan sedar bahawa masalah makin meruncing...segala aktiviti kebajikan dan rekreasi pekerja dibekukan..dan pekerja tidak lagi merasakan keseronokan bekerja ...
Aku sentiasa percaya pada hakikat manusia perlu dibangunkan..people need to be developed before product.Salah faham tentang 'training' juga menjadi penyakit dalam sesuatu organisasi..dan setiap kali aku tegaskan training tak boleh menyembuh semua penyakit dalam sesuatu organisasi. Employees are extremely demotivated ..dan penyakit ni dah menular jauh sampai kepada pegawai dan eksekutif termasuk aku..
Obviously..we are damn fatigued and exhausted..I love my career and so do others..but at some pint when people do not have any other choices..they have to leave and keep going. We are talking about survival here..but it is never too late to change...someone is moving the rat from the cheese now...the cheese is just no longer essentials.