Peserta seterusnya berkumpul di Amphiteater Pusat setelah membersihkan diri di toilet merangkap bilik air yang terdapat di Camar Rimba. Mungkin kalau boleh saya nak sarankan pada pihak TPM untuk memantau kebersihan toilet yang masih baru tapi tercemar seolah-olah tidak dibersihkan. Mungkin juga jadual pembersihan patut diadakanlebih kerap memandangkan pengunjung agak ramai terutamanya pada hujung minggu.
Makan tengahari yang disediakan oleh isteri En.Azmi (salah seorang jurulatih kem ) ternyata memang menjilat jari. menu yang 'simple' tapi sesuai dengan tahap kelaparan masing-masing apatah lagi bila baru keluar dari kolam memang menyelerakan. Pecal spesel hasil air tangan ibu En.Azmi memang 'best giler' sampaikan abih licing di ratah oleh peserta dan juga jurulatih.
Berakhir sudah kem motivasi terakhir MSE di TPM. Selaku trainer dan coordinator bagi keseluruhan 5 kem yang bermula dari bulan Nov 2009, saya amat berpuas hati dengan kerjasama 13 jurulatih dan 2 orang penyelaras aktiviti (yang sy pinjam dari seksyen lain) untuk membantu sekaligus memberi peluang meningkatkan kemahiran mereka sendiri. Walaupun pada mulanya susah untuk saya meyakinkan pihak pengurusan untuk meneruskan program ini, tapi alhamudlillah kita semua berjaya menunjukkan kebolehan kita..kita boleh tersenyum puas especially saya ..setelah 3 tahun program ini akhirnya terlaksana jugak.
Terima kasih trainers yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang kem berlangsung...terima kasih daun keladi..kalau rajin joinlah lagi..walaupun kita kena buat kerja free...
Sampai jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment