“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 5, 2011

cinta

Cinta itu datang tanpa kita mahu memilkinya
Dan dia pergi tanpa kita merelakannya..
Mudah melafazkan kata cinta..
Mudah juga seseorang mengkhianati cinta
Bila cinta sudah tiada..
Tak perlu ditagih..jangan ditangisi
Cinta itu hak Allah swt..diciptakan manusia agar saling sayang menyayangi..
Cinta hakiki tentu pada Illahi
Biarpun selaut cinta diberikan pada seorang insan..
biarlah cinta itu seiring dengan cinta padaNya..
Cinta pada manusia hanya sementara..
hari ini kita disayangi..
esok boleh saja kita dilupakan
Mana bisa melawan takdir Tuhan..

Thursday, December 1, 2011

Biarkan.


lama aku renung lalang di padang tu..
nampak melentuk liuk di tiup angin..
kadang cantik...
bila lalang yang kekuning-kuningan menari-nari ikut irama angin yang bisu..

melihat itu sahaja..aku kagum..
semua ciptaan Illahi itu cantik..
biarpun kejadian binatang sekecil semut..

aku sekarang lalai dengan kehidupanku..
lalai dan hanyut dengan perasaan yang tenang..
mana datangnya tenang itu..
aku pasti dari Dia..
bagaimana datangnya tenang itu..??

bila aku mengikut lentuk liuknya liku kehidupan..
tanpa perlu memaksa untuk berubah..
umpama lalang yang juga mengikut tiupan angin..

............................................eoe.................................................


Sharing Is Caring