“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, September 28, 2011

RECHARGE UR IMAN

DOSA ITU ADALAH SESUATU YANG MERESAHKAN..DAN IANYA MENJEJASKAN KEKUATAN ROHANI..BILA KEKUATAN ROHANI MAKIN HILANG..IANYA AKAN MENARIK KEKUATAN JASAD DALAM DIRI..DAN BILA KEKUATAN JASAD TIADA..TIADA LAGI KEKUATAN DALAMAN..SAKIT MULA DATANG, BADAN MULA LEMAH, FIKIRAN MULA SERABUT DAN MENJADI PARANOID....UBAT KEPADA ROHANI DAN HATI YANG LEMAH..SENDIRI MAU INGAT..SILA BALIK PADA JALAN YANG BENAR! HIDANGKAN HATI DAN BINA ROHANI DIRI DENGAN ZIKRULLAH, AL-QURAN, ISTIGHFAR, JAUHI MAKSIAT KECIL ATAU BESAR..DAN INGATLAH SEGALA SESUATU YANG BESAR BERMULA DENGAN SUATU YANG KECIL. MAKA BETULKAN KEMBALI NIAT DAN INGAT JANJI KITA KEPADA YANG MAHA KUASA...



Tuesday, September 27, 2011

Alert!

C O M I N G S O O N ....

Selling Off My Collection..Dress & Clothes




Chinese Embroidery Purple Jacket ..RM25
(Size M)


Hand made Chiffon Maroon long dress with embroidery around neck and hand..RM70
Fit those who has 154cm-157cm


Long Black Embroidery Dress..comes with a cute red tops..both at RM70
Fit those who has height of 158cm and above..

suitable for attending function

All items are in good condition. Item sold is non refundable..you get what you see.

Message me at sutera2002@yahoo.com. Payment in cash/MBB only.
Free delivery if you are in Ipoh.
Postal charges apply for delivery by Poslaju.

Monday, September 26, 2011

New Window For Me



Surabaya Dec ini....aku mencari2 tempat untuk dilawati. Merancang ke Bandung tapi cik kapak mengajak ke Surabaya..bertiga dengan sahabatnya. Ntah ye ke cik kapak tu boleh pegi !!..awak tu dah nak jadi isteri org..nak ke cik abang awak izinkan. Pikir2 balik..pe salahnya kalo aku pi sendiri. Dah lama tak backpacking pun..karrimor aku dh berabuk. Kalo tengok2 mcm dipanggil2 jer suh jenjalan..

Faris ke kepong end year..insyaallah minggu depan ke langkawi vacation ngan tips, kak ina dan jue..so percutian ini untuk aku spend masa dgn faris jugak. He dream to ride on cable car. Last time ke langkawi is last 5 years when Faris was 11 months and tak mo jalan langsung nak berdukung 24 jam. So, this vacation is his 5th years anniversary..
End year ni pentingkan untuk aku...a mark for a new life..i just wanna see me from a new window. New perspective and dimension of life...aku nak buang semua sedih2 kt langkawi..hhehe.

Of course aku akan balik ke kedah ..especially lepas kelas habis kelak. Time to spend with family..kakak aku pun ngandung dan insyaallah a mom to be after miscarriage of wildan last year. So i will be needed there..after all sape lagi yg pantang nampak rumah bersepah. Mak pulak tentu seronok berjalan-jalan atau bekpes at tiffany hhahaaaa..biarpun di kedai roti arab di malau tu..

But before that.. time for me to blast my tired soul. So bapak2 ibu2.. Surabaya it would be. Full stop..



Kasih Ayah dan Bonda

Aku risaukan abah..sangat-sangat risau dengan kesihatan abah. aku tahu keadaan mak pun makin uzur dan penat melayan keletah abah. Keadaan mak pun bukannya sihat sangat..sekali sekala darah tingginya menyerang..sehari mak hanya di katil. Sape pulak nak jaga makan minum abah..

Insyaallah mak..doakan ija dapat balik ke sana segera. Doa maklah yang paling mustajab..
Ya Allah..pohon dengan sangat agar aku diberi kesempatan memelihara kebajikan kedua orang tuaku..

Insyaallah

Next Chapter Perhaps...

Syawal dah berlalu pergi..alhamdulillah berkesempatan meraikan kemenangan menahan nafsu dan amarah sepanjang ramadhan biarpun begitu besar dugaan yang mendatang tahun ini. Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa hati kecik ni dah tak mampu nak membendung lagi segala macam kepayahan hidup. Tapi Allah swt maha mengetahui dan tahu kemampuan kita menghadapi dan menerima setiap ujian dariNya..maka aku tahu aku juga mampu. Insyaallah..

Dah hampir 9 bulan di Ipoh, ternyata aku masih tidak mampu menyesuaikan diri di sini. Dari sudut kehidupan dan fitrahku jelas menolak bahawa tiada apa yang indah lagi di sini. Alhamdulillah, di office aku gembira menjadi orang lain dan masih mampu bergurau dan senyum dengan kawan-kawan biarpun terdetik dalam aku tak akan lama di sini.

Sem baru dah bermula, tinggal lagi satu paper jer lagi. Aku tak sabar-sabar nak sibukkan diri dengan kuliah dan paling penting aku nak sangat habiskan semester ni dengan jayanya. Insyaallah aku nak cuba mohon kerja sebagai lecturer..dan hasrat nak sambung lagi pengajian masih tersemat dalam hatiku. Insyaallah..

Aku akan cuba bertahan sehingga hujung tahun di sini..jika tidak ada apa2 yang berlaku..setakat itu sahaja hayatku di bumi Ipoh..biarpun suatu masa dulu pernah aku impikan lama disini. Hakikatnya..disini tidak lain hanya memberikan aku kesakitan yang terlalu berat dan aku tak boleh paksa hati aku lagi. Insyaallah..aku hanya merancang..tapi hanya Allah yang mengetahui yang terbaik dan apa pun keputusannya..aku harap ianya yang terbaik untuk aku dan faris. Sudah sampai masa aku memikirkan kepentingan diri kami berdua..melebihi daripada orang lain.
Moga Allah swt menyuluh jalan hidupku dan sentiasa berada dalam lindunganNya.


Sharing Is Caring