“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, June 27, 2011

Me Jello..You Mello

It's good to have every single piece of me back..when your head cracks..it melt you down like a jello. I confess..last 4 weeks is a disaster! lesson learnt is never ever hate your enemy coz they can be your buddy and dont ever believe your bff like 150% coz thet can be PAIN IN THE A**.

Anyway...dont get mad at me..coz i'm just an ordinary jello..@_@

Friday, June 24, 2011

Mabruk



Alhamdulillah..adikku melahirkan anak kedua pagi ini jam 8.21am. Seorang putera..apa lagi yang menggembirakan hati seorang wanita melihat anak dikandung 9 bulan lahir..

































Aku juga ya Allah..

Thursday, June 23, 2011

Alhamdulillah..

Dalam satu-satu hari yang kita lalui, cuba renungkan apa yang kita pelajari hari ini. Dari kita sibuk membuat andaian dan kesimpulan tentang permasalahan dan keburukan orang, selami apa yang kita perolehi hari ini. Itu mungkin lebih baik.
Insan yang mampu membuatkan dirinya lebih baik hari ini berbanding semalam adalah insan yang paling kaya dan bijak. Bukan senang, sebab pandangan mata kita ditutupi dengan hijab mengenali diri sendiri..tapi kita dibisik-bisik berbicara tentang orang lain. Memang sedap dan nikmat berbicara tentang orang lain..sebab itu menjadikan diri kita jauh lebih hebat dari orang lain. Ungkapan seperti..kesihan si polan..nasib dia jadi macam tu kan..atau apalah dosa si polan tu sampai begitu nasibnya.."." Nasib baiklah hidup aku lebih baik dari dia.."kalau tak..hmmm".

Saya akui, saya daif. lemah dan cetek dalam mengenali hukum hakam Allah swt, buta mengenali huruf al-Quran. Itu yang selalu membuatkan saya ingin mendampingi seseorang yang boleh membimbing saya mengenali Allah..mengenali al-Quran..bukan setakat mengaji tetapi memahami maksudnya..ini kelemahan saya. Mungkin rata-rata yang mengenali saya melihat saya seorang yang ranggi, seorang yang riang, ceria dan ..mungkin ada jugak yang mengandaikan saya ni Minah Rock...heheh..itulah kata seorang sahabat pada saya...katanya" mu ni kalu jadi manja sikit..comei ja"..hahaha. Kata-kata tu saya sematkan dalam hati..tetapi bukan part menjadi manja tu tetapi itu antara kekurangan diri saya yang orang lain nampak. Menjadi manja bukan bermaksud tergedik-gedik tetapi saya akui jiwa saya sedikit kelakian dan "boyish"....dan saya tidak pernah merasakan perlu menjadi lawa..infact dari sekolah higgalah grad, saya tak pernah bercouple..sehingga bertemu dengan x husband.

Sebenarnya saya masih kalut mencari identiti diri..alhamdulillah, saya terdorong mengenakan pakaian muslimah. Insyaallah saya benar-benar ingin mengenakan tudung labuh. Kata kawan saya, jangan paksa diri kau nak berubah..mentang-mentang berkawan dengan ustaz..hahah. Saya hanya tersengih..tapi itu keinginan saya dan tidak didorong oleh sesiapa pun..sebenarnya ketika masuk form 6 sekejap dulu..sempat saya pakai tudung labuh..kepunyaan kakak. Di sekolah pakai tudung labuh..di luar haram tidak. Pakai setakat berfesyen...namun pernah suatuya hari ketika di matrikulasi, saya tidak mengenakan tudung...janggal rasanya. Rasa seperti tidak memakai pakaian yang lengkap..seketika saya agak kalut dalam berpakaian..mencari identiti sendiri.

Alhamdulillah..saya panjatkan syukur pada Allah swt memberi hidayah kepada saya. Sekeras-keras dan setomboy-tomboy, masih ada muslimah dalam diri ni. Masih merangkak-rangkak mengenakan pakaian yang saya amat cerewet ketika beli-belah..mau yang menutupi aurat. Kelakarnya kadang-kadang dirumah saya cuba mengenakan niqab atau burqa. Moga-moga diberi kekuatan lagi untuk berubah...dan insyaallah saya mau mengenali bahasa al-Quran pula. mau belajar bahasa Arab..jealous dengar org ckp Arab. Faham doa..faham ayat-ayat suci kalamullah..Moga2 tercapai dan dimakbulkan doa.

Teringat kakak kembar saya ..satu-satunya insan yang berkongsi rahim dengan saya..dia dah mengalami semua ni di awal umur kami 17 tahun..perubahan mendadak. Tawaran memasuki law ditolak mentah-mentah hanya kerana ingin memasuki UIA..selangkah kakinya di UIA..selangkah kaki saya juga di dalam..mana taknya, hujung minggu UIA PJ dan Gombak menjadi persinggahan saya..sekali lagi, saya berpakaian cara muslimah..berkawan dengan sahabat-sahabat kakak begitu berbeza dengan sahabat2 saya..teringat salah seorang kawan kakak dari indonesia Oki Hussein..tatkala mendengar suaranya mengalun merdu ayat al-Quran, saya akan dia terpegun..indah sungguh bacaan beliau.

Semua itu dan hingga hari ini, saya masih melihat di mana diri saya berbanding dulu dan sekarang. Memang..hidup di uji..ada turun naik..tapi dalam apa keadaan Allah swt ada..memimpin saya. Moga-moga Dia terus memimpin saya..bertemu dengan mereka yang bisa mengajar, menjadi kawan, menjadi anak, menjadi ibu, menjadi sahabat yang semuanya dalam lingkungan yang sama...cukup-cukuplah dengan kehidupan dunia. Penat rasanya menagih dunia yang takkan pernah memuaskan jiwa..saya bersyukur dan masih mahu berubah kepada yang lebih baik..insyaallah

Tuesday, June 21, 2011

Monday, June 20, 2011

Asyik pening jer ni!

2-3 hari pening makin teruk, terjaga tengah malam tu perkara biasa. Ngantuk sangat2 tapi mata tak boleh nak pejam. entah kenapa ntah..dulu jadi jugak tapi tak seteruk gini. Tapi hari ni persoalannya mungkin terjawab..kebertulan di kilang ada health screening. Saya turut serta check status cholestrol, BMI, pulse dan fat..ternyata chalorie tinggi. Melebihi paras normal. BP mencecah 135..close to hypertension. No wonderlah!


Friday, June 17, 2011

Blog, YM, Skype, Ekawan

Di awal penglibatan saya di alam cyber ni bermula ketika masih belajar di ipta. Baru di tahun 2 kalau tak silap. Masa tu belum ada skype atau ym, yang glamour time tu ialah mirc. Hari-hari lepas kelas ke cyber cafe di bawah flat tempat saya tinggal. Kegilaan yang melampau..kebetulan masa tu saya ada kawan-kawan dari timur tengah. Budak2 malaysia juga yang rata-rata belajar di Jordan. Masa tu memang takde lain tujuannya cuma nak melepaskan tension berborak-borak dengan kawan2 alam cyber.

Namun, kakak saya lagi hebat..heheh. Tersangkut dengan abang ipar yang belajar di yarmouk ketika tu. Kakak di uia masa tu. Ingat lagi bila bertandang ke uia gombak, harus teman dia ke cyber cafe yang jaraknya boleh tahanla jugak...orang tengah bercinta..sanggup meredah pekat malam nak melepas rindu. Alhamdulillah..berbaloi pengorbanan mereka, bertunang tanpa kenal wajah dan fizikal masing-masing. Bila abang ipar balik je malaysia, terus nikah. Selamat...

Bila YM dan skype ada, saya melihat lagi banyak yang buruk dari baiknya. Bergantung jugak bagaimana mahu memanfaatkannya...di awal2 dulu, rajin jugak melayan. Tapi sekarang hanya selesa berblogging...platform saya bercakap dengan yang sudi membaca.Akaun di FB sekejap aktif dan ada masa tak aktif...saya malas nak mengupdate kisah hidup yang 'plain' warnanya...lagipun malas nak mengundang persoalan dan diintai orang yang tidak kenal siapa saya.

Cukuplah di chintaqaseh ni...segala luahan saya hanya untuk diri saya. Mungkin satu hari nanti ada yang lagi canggih dari blogging...mungkin saya terjah ke arena lain pulak. Janji kepuasan 'bercakap' saya rasakan...selebihnya hanya untuk tatapan ringan pembaca.

oh ya..hari ni saya buka ekawan...atau saya selalu panggil esawan...antara laman interaktif kuno yang slow bangat suatu masa dulu. Berpuluh-puluh email dalam inbox...mungkin malam ni saya akan cuba baca setiap darinya. Mana tahu..jodoh saya juga di esawan yang lembab ni..hahhahah.



Thursday, June 16, 2011

Ujian..Menangislah dan teruskan hidup dengan penuh tawaduk

Teringat satu kes yang saya terima ketika mula-mula bekerja. Tentang seorang isteri yang mengadu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Isteri ini menelefon saya hampir setiap hari..sehinggakan apabila di rumah pun dia masih menghubungi saya. Saya cuba menasihati beliau...tetapi saya akui saya bukan orang yang pandai menasihati. Saya hanya terdiam bila dia berkata.."awak tak pernah lalui perkara ni, so awak takkan faham perasaan saya".

Benar, jauh disudut hati saya mengakui kata-kata beliau. Saya hanya boleh menasihati menurut logik tetapi saya mungkin tidak mampu menyelami secara total masalah beliau.

Sebenarnya, benda yang sama juga berlaku kepada kita. Terfikir tak..orang yang paling ceria di dalam pejabat atau di dalam organisasi kita adalah orang yang paling banyak masalah. terfikir tak mungkin mereka menanggung beban yang berat yang orang lain takkan faham. Hanya mereka yang melalui sahaja akan memahami.

Yang penting macam mana kita nak bangkit semula selepas setiap musibah mendatang. Hari ini kita gembira menjadi satu keluarga yang besar..punya ayah dan ibu, punya kekasih hati..punya anak yang sihat dan comel, punya rumah yang besar, kereta mewah, ilmu dan pengetahuan yang tinggi, punya segala-galanya...tetapi hilang dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata seorang isteri boleh menjadi balu, diceraikan menjadi janda, seorang anak hilang kasih sayang ibu dan ayah, seorang ibu yang menangisi kematian anaknya, muflis sekelip mata, hilang kewarasan dan macam-macam lagi...kesannya bukan sehari, bukan setahun..tetapi selagi nyawa dikandung badan. Tapi hidup harus diteruskan...perut perlu diisi, anak-anak perlu disekolahkan, tulang empat kerat perlu digunakan. Kelangsungan hidup harus diteruskan,

Biarlah si polan hendak menangis sampai buta matanya..biarlah dia meratapi kehilangannya..biarlah dia mencoretkan segala dukanya di atas kanvas..biarkanlah.Sebab esok masih ada..esok matahari akan kembali bersinar. Selagi bernafas...kita akan diuji. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok...tapi itu janji Allah swt. Dan redha adalah sebaik-baik sifat, percaya kepada Allah bahawa ujian akan mematangkan dan meningkatkan iman.

Percayalah..kita akan menjadi orang yang lebih baik dengan setiap ujian. Kita adalah yang dipilih Allah swt untuk diuji dan diuji bagi mendapatkan hidayahNya.

Melayan kerenah anak sorang ni memang takkan habis...sudah pandai mengugut-ugut ibunya tatkala dia hendak melayan kartun kegemarannya. Bila saya cuba tukar siaran, cepat-cepat dia berkata.."Kalau mama nak tengok TV, abang main game...haaaa..mama pilih yang mana". adus..Faris dah pandai nak demand-demand dengan saya.

Dengan ibunya pun dia nak win-win ..hmmm. Saya selamba menjawab.." Ginilah...apa kata kita tutup TV, tutup laptop...kita sama-sama baca buku". Dia diam...dan kali ni saya menang. Buku Siri Pintar Membaca 4 dikeluarkan dari beg sekolah thomas N friend dan dibentangkan di meja..

Dan saya..membelek-belek majalah sambil telinga jelas menangkap setiap butiran ejaan dari mulut Faris. Tersengih seorang bila sempat saya menjeling dia mula menggaru kepala, tangan dan acapkali mengeluh letih..walau baru pegang buku tak sampai pun 10 minit. Matanya pula asyik melihat jam di dinding...mengira waktu takut-takut kartun kegemarannya terlepas.

Melihat dia berhempas pulas, saya bersuara..lagi 1 jam abang boleh pilih tengok kartun atau main game..terserlah senyuman di wajahnya. Serta merta dia bersemangat kembali. Pantas je dia membaca. Saya hanya tersenyum melihat kesungguhan Faris.

Inilah baru win-win situation ... ujar saya perlahan.




Astaghfirullah

Sejak 2 -3 minggu lepas..hamba Allah yang satu ni diuji. Hilang sekejap kewarasan dan pertimbangan bila semua ujian datang serentak dan bertimpa-timpa. Allah menguji bila saya terlalu meminta-minta..membayar kafarah seorang hamba pada pencipta. Kadang termenung sejenak..mungkin banyak sangat yang aku minta sedangkan usahaku untuk mendapatkan sesuatu itu terlalu minima. Allah menguji bersebab...peningkatan iman atau untuk menghapuskan dosa.

Sekejap jiwa menjadi lemah dan nafsu amarah serta penyakit benci menguasai. Tidur entah kemana..sakit datang, selera makan hilang dan pelbagai lagi yang tak dapat tergambar dek minda. Ikutkan hati..ikutkan badan binasa..memang saya tak nafikan kalau mengikut jiwa amarah , rasa semuanya tak adil...sehingga terkadang terfikir kenapa Allah meletakkan terlalu banyak ujian untuk saya tempuhi. Setiap saat jiwa rasa tak pernah tenang...hidup bagai dirundung malang.

Beristighfar sebentar...apa aku dah buat ni. Hati terdetik..mempersoalkan ilmu dan qada qadar Allah swt. Ampunkan hambaMu ini ya Allah..aku masih lemah. Apalah sangat yang aku harus fikirkan ...sampai tak boleh tidur lena. Soal hidup mati, ajal, jodoh semuanya Dia dah tulis...dah termaktub. Kalau dah bukan hak atau dah tiba masa...ianya akan berlaku juga. Ikhlas untuk berikhtiar adalah satu usaha yang baik..memperbaiki diri lebih baik...melihat kekurangan diri dari mengeji kejelekan orang lain adalah lebih baik.

Ini proses perubahan..ada masa iman naik..dan ada masa keimanan menurun...bila lupa sekejap pada Illahi..syaitan mula menyucuk mempermainkan minda dan jiwa...berbisik-bisik, meruntun-runtun minta dilayan nafsu amarah dan gejolak jiwa yang sedang panas..istighfar entah kemana. Air mata mula menitis dan itulah menjadi pembunuh yang paling ketara..lemah imunisasi badan, tenaga rohani hancus dan jiwa meratap sedih..BODOH..

Dunia ni maha luas untuk diteroka..ada ramai insan yang akan hadir dan pergi dalam hidup kita. bak kata sorang kawan...kau hanya ada faris jer..kumpul duit..pegi jalan-jalan. Tengok dunia..tengok kehidupan orang. memang ada betulnya...memang itu antara keinginan yang tertanam dalam jiwa sejak berpindah ke sini.

Kelakar pun ada...kasihan sekejap dengan diri sendiri. Insyaallah..5 tahun lepas saya kuat biarpun jatuh bangun sendiri..tanpa ada sesiapa disisi. Itu resume seorang ibu tunggal...nak-nak hari ni seolah disuntik dengan pesanan seorang kawan di tempat kerja...awak kena kuat Ja..katanya. Jadi ibu tunggal kena kuat dari pelbagai sudut...lebih2 lagi emosi.

Cukup-cukuplah dengan kecewa..hati ni terlalu berharga nak bersedih. Air mata ni terlalu mahal nak kutumpahkan .Hmmm...malam ini..aku berharap tahajudku lebih sempurna...lebih bermakna..dan moga Allah memakbulkan doaku..Insyaallah

Tuesday, June 14, 2011

Aku Mengalah

Sakit lama datang balik..kali ni hampir setiap pagi terjaga. Paling aku risaukan kalau sehingga aku tumbang ketika faris dirumah..apa anak kecil tu nak buat. Petang ni lepas kerja, aku akur..ke klinik jugak. Dr.Bala yang merawat aku...soalan pertama keluar dari mulut dia..gastrik dah jadi balik ke?..aku angguk..doktor Bala minta aku kurangkan stress..aku tau itu penyebab utama aku sakit balik..anxiety menyerang balik. Cukup dgn magnesium dan charcoal tablet aku bali..harap2 malam ni dpt tidur lena. Aku tau badan aku dah penat dan kepala aku dah sarat dengan persoalan yang aku tak pasti sampai bila aku harus tanggung..

Jauh disudut hati..aku nak jeritkan pada dunia..semua ni tak adil. Semua ni tak patut berlaku pada aku. Aku dah tak mampu nak tanggung satu persatu pembohongan. Aku tak kisah jika diri aku terluka..tapi melihat mata faris dan masa depan dia..aku harus buat keputusan.

Sejauh mana lagi aku harus bertahan..? Kalau boleh..aku nak tamatkan segalanya. Biar aku berjalan dengan penuh yakin walau pedih dari berjalan sendiri dan mengharap yang tak pasti...ya Allah..kalau ini dugaannya..tolong hambaMu..kali ni aku tak mampu lagi. Aku benar-benar mengalah...

Wednesday, June 8, 2011

Unconditional Love

Unconditional Love..

Selalu kalau kecewa kita melihat diri sudah hilang segala-galanya..
Dunia ini terasa hancur..hidup bagai bangkai bernyawa..
Jiwa mati...

Namun...aku selalu cuba letakkan setiap kasih sayang itu adalah secebis dari kasih Allah..
pada sesiapa pun kita sayang atau kasih..itu adalah hadiah dari Allah swt..
Perasaan rindu dan cinta itu juga lahir dari keikhlasan sesuatu hubungan..
Kalau bila perasaan itu mati...itu juga adalah atas kehendak Dia..

tentu hati bersedih..kecewa dan berbagai lagi yang negatif..
Tapi itu sementara..masa akan mengubat hati
biarpun sakitnya sampai ke tulang hitam

Aku juga melihat kasih sayang seorang ini...
yang tidak bersyarat..yang meletakkan aku dalam hidupnya secara total..
insan kecil yang tak pernah luntur kasih sayang pada aku biarpun aku lupa membelinya susu ketika dia merengek di tengah malam sepi..
Ketika aku memarahi dia atas perkara yang tidak sepatutnya dia rasakan diumurnya...
Ketika aku lupa mencium ubun-ubunnya ketika dia mahu tidur...

Dan ketika ada orang lain mahu meraih cinta dan sayang dari aku...
sanggup meletakkan syarat...
tidak mahu ada anak itu bila dia besar kelak...
kerana dia bukan muhrimku..bukan darah dagingku...

dan aku katakan padanya...Allah beri kasih sayang kerana kasih itu tidak bersyarat...
Anak itu tidak meletakkan syarat ketika aku mengangkat dia menjadi anakku...
Dia memberikan kasih yang tidak bertepi...
Dan itu kasih paling tulen dan suci ...dan kasih itu bukan kasih yang dibuat-buat
itulah kasih dari Allah untuk aku...
Melalui anak itu...

Tolong fahami aku...
Aku bukan meraih cinta abadi di dunia ni...
Aku hanya menumpang setiap kasih sayang dari insan yang diciptakan untuk kita..
insan-insan ini semua sudah tertulis kehadirannya di dalam Lauh Mahfuz lagi..
dan aku sayang apa yang aku ada..
anak, mama, abah. adik beradikku, kawan-kawanku, kekasih hatiku...fahami aku..kasihku tidak bersyarat..bukan pada wang ringgit..bukan pada harta dan darjat..bukan pada status dan warna kulit..cinta dan kasih sayang aku tinggi nilainya...dan ia hanya untuk yang meletakkan bahawa kasih tidak perlu dibalas..tidak perlu dizahir dengan sentuhan dan ucapan..




Monday, June 6, 2011

Amirul & Couple - Wedding at Sayong

Wedding at Mz Dya house

In the room


Me

Attend wedding on Saturday before depart to Penang..

Tips & Kak Rani with their knee aching..for sure

Bukit Bendera

Another view..

Cool ..

Penang from top view

In the train..tips & driver bond before we get out from the train..hahaha

Going up...10 min thrill adventure

View from top..subhanallah
Batu Feringgi..shopping spree

From the bridge..cloud again

on our way..this supposed to be at the top..

bercuti di pulau pinang dengan tip dan kak rani. Short trip..only 1 day. Anyway, it is enough for me to do the rethinking...

Sharing Is Caring