“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, May 31, 2011

Tahajud Cinta


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Departing..

How come we can love someone as much as we hate him at one time..choose one..and i choose to keep silence!

Tuesday, May 17, 2011

Jauh

Makin jauh...

My ships


I wish i knew where is the ship sails
I've cross continents and lands
I've walk through dungeon and valley
I had fall and cried..

In pain..i stand up
I ran away..I move on..and tears fallen
And along time...the wounds heals

I saw the ship is still there..
waiting..
calling me out..i told him..
i rather walk alone...when no tears, no falling, no wounds..
i saw the ship sails..alone

without me...
stunning and strong..
to the open sea..
no promises..not even a single words..

they said..those who sails in that ships...
must have a strong hearts
they knew their path and the ship is lead them to it
i was not chosen to be in that ship...
not because i don't have strong hearts...
but because its let me sink before i get into it

Then a whisper breezes through my ears..
telling me..there is another waiting and this one ..suits me..
i look at it..and i say yes..that is mine.





Monday, May 16, 2011

Tanggal 16.05.11

Alhamdulillah..berjaya menghubungi dia. Moga ada sinar cahaya untuk kemelut mereka. Aku hanya mahu yang berhak mendapat haknya..selebihnya ya Allah , hamba serahkan padaMu.

Sunday, May 15, 2011

Urgghh

Kawan ajak ke bandung lagi dalam bulan 6 atau 7..aku tak sure nak join atau tidak, belum balas sms kak nida tempoh hari. Jue di KL pula mengajak aku ke Penang..Dan aku sendiri berkira-kira merancang untuk menemani sahabatku jauh ke utara untuk propaganda yang lebih penting.

Yang penting aku tahu ada hati yang perlu aku tiupkan semangat padanya...hati yg dah hampir patah kecewa. Aku marah dengan seseorang..terlalu marah. Antara 2 jalan yang dia boleh pilih..kenapa perlu memilih jalan yang gelap. Sedangkan itu bukan diri dia..atau sebenarnya itulah dirinya yang sebenar..dan selama ini dia hanya hidup dalam kepura-puraan. Dia dah berubah.

Pagi tadi aku dapat sms dari atef..rupanya ada hikmah bertemu semula dengan pak arab sorang ni. Ke utara nanti..aku perlu bantuan dia..moga jalannya mudah dan dilindungi Allah..
apa yang aku perlu buat..? aku pun tak tahu..aku anggap misi mustahil ini jihad kecil aku..mencari suatu hati yang mati. Allah..aku perlukan bantuan dari-Mu.


Friday, May 13, 2011

Rindu Bertasbih

Kehilangan..

Ada seorang wanita tua kehilangan anak kesayangannya
Ada seorang isteri menangisi kehilangan suaminya
Ada seorang anak merindui ayahandanya
Ada saudara mara menanti kepulangannya
Ada kawan-kawan yang berdoa dia jumpa jalan pulang..
Ada sahabat lama yang berharap kau nampak semua mereka di atas adalah bintang-bintang yang menghidupkan jiwamu dan kasih sayang merekalah yang tertulis menyinari hidupmu

Kalau..masih kau mencari dan menjejaki cinta...
Kalau kau masih percaya cinta dan kasih itu anugerah Allah...
Kalau kau tahu bintang kau masih bersinar menerangi mereka yang hampir hilang arah..
Cepat..cari jalan pulang..
kalau kau rasa kau kau membentuk diri muslimah menjadi islam sebenar,,
bentukkan juga hati isteri, anak, ibu, kawan, saudara maramu tentang erti islam itu indah..kasih sayang Allah itu besar...bahawa kita hidup atas izinNya...bahawa kita ini hambaNya..aku lari dari Allah..rupanya Allah tiupkan dalam jiwaku..lari padaNya. Kau juga lari...tapi dimana Allah dalam hatimu..

Sayang...kau abang yang aku tak pernah ada..
Jangan hilang terlalu lama...
Ada sepasang mata yang masih menangis menanti..
Ada sepasang tangan yang berharap anda kau penat...dia pasti ada disitu menanti..
Ada jiwa-jiwa halus yang didalamnya ada nama kau..

Pulang bila kau masih gagal mencari cinta..

Sunday, May 8, 2011

Kekuatanku dari Mu

Masih lagi cerita pasai penat..kelas minggu ni clash dengan sukan tahunan tadika faris. Kedua2nya sama penting..baik untuk aku dan faris. Oleh kerana aku tak sanggup nak tolak keinginan faris dan cikgunya yang beria berbagai suruh faris pegi sukan tu..maka bermulalah episod penat nak mampuih yang terpaksa aku harung last 2 days.

start jumaat aku dah amik half day..settlekan hal2 personnel..nak mencari bank islam di ipoh ni pun dah memneatkan aku..dari medan gopeng sampai ke pekan ipoh..last2 jumpa jugak. Kol geng2 di opis, macam2 direction deme bagi...membantu tapi aku manalah familiar lagi area ipoh ni. habis tu gi kwsp..sib baik greentown tu aku dah biasa, so senangle jumpa. Pastu gi ktm, beli tiket ets..kul 6.15 punya train..turun kat sg buluh. Balik umah dulu, amik barang2 mandi manda baru gi balik ke ktm.

sabtu pagi aku nganto faris ke kepong dan shoot ke class. Class habis kui 3 ptg, amik faris balik dan was thinking to just let go je sports day faris tu. Udah tepon cikgunya, deme nak jugak faris pegi sukan tu. Kesian la pulak kang budak2 lain dok bercakap pasal sukan kang..so aku shoot balik ke ipoh. Sampai rumah kul 9 lebih...

sok paginya sukan ... lepas sukan shoot balik ke Kl. Kejor train pukui 2...sampai kl terus gi kelas. Kelas ngam2 habis kul 8 malam...aku terus naik monorail ke KL Sentral...masa present..lecturer siap minta maaf lagi sebab terpaksa drag masa panjang...mana taknya aku dah minta permission present in next class dia tak kasi!..naik monorail kt chow kit gi kl sentral..jalannya direnovate pulak..jadi jauh..time tu aku dah tak kenal penat. Abah yan tolong hantar faris ke kl sentral..dengan bateri hpnya yg dah out..

Sampai ke kaunter ets kui 8.45pm...train berlepas kui 9...call yan pakai public phone..rupanay faris dah ada kt entrance..berkejar gi entrance amik faris dan exactly 9 aku dah ada dalam ets..
dalam train aku tak dapat nak lelapkan mata. terlalu penat..kaki sakit, kepala sakit..nak mengalir air mata pun ada.

sampai ipoh kul 12.00 malam..faris mengamuk sebab dia dah ngantuk.Adrenalin aku belum reda..malam tak leh tidur. Pagi ni collapse..jangankan kata nak bukak mata, nak gerakkan tangan sms bos pun amik masa 1/2 jam nak nulih..aku masuk half day hari ni. Gasaklah nak marah ke hape ke ...baik aku collapse atas katil aku dari collapse kat kantin kilang tu...confirm dapat satu hari MC..sedangkan kerja melambak kt opis tu..

So, for next 1 month...no more rush!..Aku nak relax..relax kepala dan minda. Tapi syukur pada Allah swt..diberi kekuatan untuk aku menempuh hari-hariku.

Friday, May 6, 2011

Excuse Me



Hush..
Stop..No More Words..

Times..please stop
I need a moment..

I need to escape..
Run fast and as far as i can..
Through the hills..
The mountains..
The river and ocean...

Just Hush...







Monday, May 2, 2011

Penat

Penat di Teluk Batik belum habis..pagi ni sepupu2 ajak mandi manda di sungai pulak. Riuh bila aku setuju nak bawak deme. Jangan kata yang muda..yang tua2 pun sama naik. Bawak storm pak lang..budak2 semua dok belakang. Dah macam bawak pelarian jer rasanya. Siap nyanyi berbagai...nasib baik le jarak dari rumah ke sungai tak jauh, kalau tak mungkin aku terpaksa tutup kanvas storm kt belakang tu, biar budak2 tu betul2 jadi cam pelarian jer..hehhe

Aku tak mandi pun, jadi pemerhati jer..maklumlah bawa budak dan mak2 budak yang kecintaannya pada air ngalahkan badak tak jumpa air seminggu...tapi kejap jerlah. Tapi bila nengok deme best berendam dlm air yang maha sejuk, slow2 aku join the team. memang air sejuk..segar kejap rasanya tubuh. bawak mee sanggul, nasi goreng.. semuanya termasuk kek hari jadi si syafikah habis kena balun dek cousin2ku...licin bersih.

Adalah barang 2 jam kat situ ..puas jugakler nak ajak balik sorang2. Masing-masing tak tukar baju...semuanya dah macam kena tsunami..selamba basah lencun balik rabat naik keta. Balik lagila aku rase bergoyang semacam jer bawak...rupenye deme berdiri pulak ambik angin nak keringkan badan2 kat belakang...macam2 ler bawak budak2 ni. Riang ria 48 jam..

Penat betul 3 hari bercuti..esok kerja..kerja ke? Macam malas ya ampun nak pegi..penat masih berbaki. Dalam keta driving tadi..aku terpikir kata-kata last makcik aku sorang ni....ntah mana datangnya idea dia bertanya soalan cepumas tu kat aku. Tak sesuai..tak sesuai.

Sunday, May 1, 2011

Penat

Cuti 3 hari...blogku pun berabuk sekejap. Ke Taiping rumah makcik. Ada kenduri di Lumut, bekas suami mak saudaraku yang dah kembali ke rahmatullah hampir 6 tahun lepas kini dah bertemu jodoh dengan orang baru. Barakallah dari aku...

Pakcik yang cukup setia menemani makcik aku sampai ke akhir hayat yang meninggal dunia disebabkan kanser. Selesai kenduri, kami sempat ke Teluk Batik. Dah lain sangat rasanya..banyak perubahan. Last aku datang ke sini tahun 1996..tu pun ke pangkor menhghadiri kem bina semangat kolej dulu. Bila ntah nak jijak lagi kaki ke Pulau Pangkor...?

Penat nak menulis..panas terik kt Teluk Batik..memang menyebabkan kepala aku migrain lagi dn lagi...harus tidur awal malam ni. Harap-harap boleh, hampir semua keluarga berkumpul..deme ade agenda makan-makan seperti biasa..kul bape pulak leh tido malam ni. Rugi kalau tak berkumpul mengupdate story mory masing-masing...ape story aku nak cite pun? Takde yang menarik..

Sharing Is Caring