“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, April 28, 2011

Auspicious


cantik sungguh si kunang-kunang
berkelip-kelip suluh cahaya
paling cantik kalau beriman
disayang Allah setiap masa

kelip-kelip nama diberi
cahayanya indah di malam pekat
bagaimana merawat hati
tahmid dan tasbih setiap saat

kunang-kunang letih menyuluh
diganti cengkerik menyanyi lagu
ketika rindu padaMu datang berlabuh
ku sulam puji pada yang Satu..


Wednesday, April 27, 2011

Tuesday, April 26, 2011

Malamku




Laluan bagaimana ini..
Tandus..penuh pasir debu halus
Ada angin kencang..kadang-kadang ribut datang..
kadang-kadang panas terik..
adakala senyap sunyi..tiada angin, tiada hujan, tiada ribut..


Kemana destinasi hidup..
Aku tahu dihujungnya pasti mati..
Angin juga akan mati, ribut juga akan mati, panas jugak akan mati..mati sunyi sepi

Yang hidup hanya roh...
Yang ada inginnya, ada maunya, ada kekosongannya...
Aku letih hidup dalam keriuhan..dalam sesak manusia yang lupa adab..
lupa jiwa, lupa batin..lupa solatnya..lupa diri..lupa Allah
Masing-masing membicarakan soal duit, soal kereta, soal keluarga, soal harta..
Berapa lama lagi..selagi roh akan berpisah dengan jasad..

Berapa lama pun lagi...semua harta kekayaan yang melimpah akan hanyut..dimakan nafsu nafsi
Aku tak mau hidup dalam dunia itu lagi...bila lupa bahawa Allah mahu kita berhubung denganNya..

Laluan ini...sukar ..tapi aku harus gagah tempuh..
sebab dihujungnya pasti ada bahagia..walau puas dilambung derita
aku pasti di hujung pasti ada kolamnya...
biar kering haus kaki..
aku mau membentuk roh muslimah ..bukan payah..tapi kenapa sukar bagi aku..
tudung labuh itu aku simpan ..masih disitu..ada kala aku cuba..dan aku letakkan semula
bantu aku ya Allah..

hati ini sudah dipanggil..aku tau dan aku sedar..
aku kini punya satu jasad tapi dua jiwa..



Sunday, April 24, 2011

Hai Hati..Ingatlah Hati


Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah semua itu lebih kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka).

(At-Taubah : 24)

Jauhkanlah aku dengan kecintaan pada dunia..dan meletakkan cinta pada manusia dan harta melebihi cintaku padaMu..jauhkanlah hambaMu ini dari kecintaan pada dirinya sendiri..sehingga aku lalai dan menzalimi diri dengan kecintaan pada keindahan yang sementara..

Panjangkan malamku untuk ibadahku padaMu..aku mengeluh tak mampu untuk melelapkan mata ketika malam hariMu..sedangkan aku lupa lagi dan lagi...itu panggilan dariMu untuk menghabiskan malamku padaMu.




Saturday, April 23, 2011

Sihir


Sihir

Ade seorang pemandu pelancong yang berikan aku buku tentang sihir berjudul Sihir & Tenung Penipu Ulung. Buku itu diberikan pada aku hari terakhir di Pulau Samosir, Danau Toba ketika aku bercuti kesana suatu masa dulu. 2 hari sebelum beliau bagi buku tu..aku diganggu teruk di hotel penginapan di Pulau Samosir. Beliaulah yang membantu memulihkan aku. Banayk pesanan yang diberikan pada aku..tapi yang aku tak leh lupa bila dia pesan..kamu harus kuat adik..selalu mohon dengan Allah agar dilindungi.

Sepanjang perjalanan dari Lake Toba ke Brastagi, aku membaca buku tersebut..karya K.H Mawardi Labay El Sulthani. Aku tertarik dengan satu petikan yang ditulis dalam buku ni iaitu setiap diri manusia pasti terdapat syaitan dan manusia yang menyeleweng dari petunjuk Allah swt malah akan memperkuatkan lagi kedudukan syaitan bertapak dalam dirinya..

dari surah Al-Zukhruf ayat 36 - Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Ayat 37 - Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

Ayat 38 - Sehingga apabila orang yang berpaling itu datang kepada Kami (pada hari kiamat), dia berkata "Aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib, maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman (yang menyertai manusia)

Ayat 39 - (harapanmu itu_ sekali-kali tidak akan memberi manfaat kepadamu pada hari tiu kerana kamu telah menganiaya (dirimu sendiri). Sesungguhnya kamu bersekutu dalam azab ini..

Moga jadi iktibar....siapa yang menjadi hamba siapa dalam amalan khurafat ni..manusia menjadi hamba syaitan atau syaitan menjadi hamba pengamalnya..?


Allah swtlah pelindung yang hakiki...cukup hanya pada Allah. PadaMu hidup dan matiku..



Wednesday, April 20, 2011

Yang Terbuku dan Yang Tersurat

Ape..tengok2!..Berani mike! Cakapler pe yang mike tak puas hati. Teman cungkil mate mike kang baru tau!!

Perasankah aku bila ade jer mata nengok aku bila masuk ke kantin di tempat aku bekerja...atau bila aku masuk kedai kopi bersama anak terunaku..atau ketika aku ke pasar malam di cowboy town klebang ni..atau ketika aku berhenti isi minyak jap di petrol pump..

Mungkin yer..mungkin halusinasi jer tu..atau mungkin teman ada magnet yang menarik orang melihat teman walaupun teman pakei jeans lusuh dengan t-shirt biasa aje, atau barangkali orang yang melihat teman akan melihat dengan penuh kepelikan tahap dewa...selalu teman nampak persoklan demi persoklan yang tertulis di riak wajah deme semua. Teman tak kisah..sebab teman tak goda mike pun..teman pun dah ade yang punyer!!

Tapi sebenarnya..bak nyanyian Yuna tu kan..teman faham jenis-jenis soklan yg bagaimana deme semua nak tahu...nak2 bila teman masuk ke kedai kopi bekpes ame anok teruna teman... kome semua pun leh agakkan bentuk soklannya!! Cue imagine kalo nampak seorang wanita dengan kanak-kanak lelaki berdua jer menikmati hidangan di suatu meja yang terpencil dalam kedai tu, apa yg terlintas di hati mike semua..ce cite..ce cite! Dalam dunia kome semua memang ade sedikit kepelikan...mesti kalau teman pacak tiang dan letak meja kt kedai kopi tu bukak kaunter pertanyaan..pasti ade yang beratur nak memuntahkan soklan...hahahah eksyennye teman!!..hmmm gasak..ini blog teman..lantak teman nak nulis ape pun..tak sukerr...sila tekan x di ujung sebelah kanan atas tu..Sebab teman malas nak ngadap pandangan manusia yang sedemikian..yg memandang teman dari kerling ekor anak matanya..(guane jelingan ala2 kerling tu..deme pikiorle sendiri)..teman lebih suke masuk bekpes ke tpt yg kurang owang melayu yg sorry to say gemor membuatkan teman tk selesa yang ampun..tak bermaksud pulak teman lepak di kedai kopi ah seng..jadi teman selalu menghabiskan masa bekpes di setabak, kopi bin, atau di viktoria stesen janji teman dapat elak org umpat teman jer...sanggup ke nk makan daging teman ..hehehe..ce jawab2.

Makanya..pade kang mas2 dan ibuk2 yang suka amat usha teman tu..izinkanler teman bernapas lepas bebas terbang riang ria sebab teman pun terigin nak idup normal mcm orang lain..cukup2lah tu. Kasi can teman makan kat kedai makan bukit klebang ni pun cool dah..coz teman amat suka dengan milo larva kedai tu..heheheh.

Dunia teman kecik..tapi hati teman beso! Bak kata kawan india teman yang kadang2 perangai tak ubah cam mat saleh celup..you have a big heart dear. Haaa...kenapa dia omong gitu..sebab susah sebenarnya nak idup dalam dunia yang serba pelik cm teman. Dalam kecacatan dunia kecik teman dengan anak teruna teman yang ensem tu..ade suatu kesempurnaan iaitu melengkapi kekurangan diri masing-masing sebagai ibu dan anak. Dunia teman mengajar erti berkongsi kasih sayang..dunia ni jugak mengajar teman manusia itu semuanya hak milik Allah swt..dan betapa kasih sayang itu terlalu luas. Janganler sekali2 claim that whtever is yours belong to you..a'ah..doesnt work that way. What Allah give ya...He can take back. What remain is LOVE..and that even cannot mike beli walau dengan segunung emas.

Entry teman makin emo...heheh. Takpe2..sesape yang lepas ni masih nak tengok kepelikan wanita seperti teman jalani idup sendirian atas muka bumi Allah yang maha luas ni...teruskanlah dengan kepelikan mike semue....cuma yg teman sematkan dalam diri yang kerdil dan hina ni..Allah takkan uji teman kalau dia tau teman ni lemah. Mungkin kalau lawan arm wrestling teman kalah..tapi kalo letakkan lelaki sehebat Arnold schwarzenegger..teman rase kuruih dia berada di tempat teman.




Monday, April 18, 2011

myMetro | Gadis seksi untuk siswa

Baca jangan tak baca...
myMetro | Gadis seksi untuk siswa

Wah-wah teknik terbaru melariskan pusat hiburan..lepas ni dah tak payah susah2 nak cari whore kat mana-mana lorong. Boleh terus masuk mana-mana club dan dapatkan GRO cute mute ni dengan senangnya. Kalau poster gini tampal kat sekitar IPTA..bukannya student2 lelaki yang muda belia tu kerling tengok iklannya.. yang kurisau ade jugak nanti pak encik yang umo dah leh tempah batu nisan merangkak jadi student tua join the club..cemane tu?

Cuma..agak2 bilalah deme nak sedar, pusat hiburan tumbuh macam cendawan di merata-rata tempat, cuma pakai jer nama commercial. Kat ceruk pekan koboi pun leh ada pusat karaoke, refleksologi, spa...siap pakai nama kemelayuan untuk mengaburi masyarakat setempat. Yang pelik time beroperasinya hanya sebelah malam jer.. tapi bila siang kedai tutup. Kesian makcik-makcik..pakcik kita kt rumah tu mungkin terpaksa mencari alasan untuk bekerja overtime.

Tutup jerlah disko yang ntah hape ke pekdahnya tu takleh ker? Tapi kalau tak pergi diso misko ni pun leh gak hanyut lunyai tertunduk pada nafsu serakah. Enjoy sungguh dok Malaysia ni ..macam-macam adeee cik kiah. Lepas ni kita tengok statistik anak tak sah taraf kt malaysia ni..makin mencanak naik. Harus dah...
...tepat 6.04 pagi. Azan Subuh berkumandang seawal 5.55 pagi tadi ....solat dan bersiap mengambil Azhad di rumah kakakku. Moga ada barakah dalam hari ini. Insyaallah akan pulang ke Ipoh selepas Zohor..


Ku Mohon

Hijabkan aku ya Allah..
Butakan aku..
Lindungi jiwaku..
Lindungi hatiku..

Di depan ada gelora..ada taufan
Ada dahan yang ku berpaut padanya..
Tapi kuatkah dahan itu..
Untuk selamatkan aku..
Atau dahan hanya dahan reput..
Yang padanya aku makin lemas..
Di bawa arus..

Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:
”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya
adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka.


Wajah baru..masih dalam prosess mengupgrade blog ni. This would be chintaqaseh the 2nd ..whatever you want to called it. Last entry aku is before i move to Ipoh..masa tu hati dan perasaan belum cukup stabil..tak pasti sama ada aku buat keputusan yang betul atau tidak. Ramai yang comment aku dah buat silap..coz aku sepatutnya pilih Sirim instead of tempat kerja sekarang. Well, after 5 months in Ipoh..i proudly inform aku selesa dengan keputusanku.

Kawan sekerja yang sempoi..boss yang cool dan cool environment. Ipoh ni kan ke banyak bukit bukau, gunung ganang...nak pi krojer jer dah nampak kabus...adus, sejuk mata memandang compare ngan hectic life aku di shah alam. At least, sejuk mata memandang. Pokok pangkalnya aku rasa aku dah boleh jadi part of ipoh.

Faris jerlah yang asyik complaint belum ada kawan lagi. Si sekolah ramai kawan-kawan, cuma di area rumah tu memang belum ada lagi. Sekarang semua member2 aku jadi member dia..semua jadi best friend dia.

Cuma satu jer yang aku masih sangsi tentang being an ipohan ni..biarlah dulu. Ada masa aku coretkan..dah janji nak bawak faris gi taman darulaman..dah pukul 6.i better rush ..




Sharing Is Caring