“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, June 27, 2009

Transformers..Autobots

sabtu 27th June 2009

Aku kuciwa hari ini..kuciwa sangat2 sebab kegagalan aku untuk dapatkan tiket transformer di cineleisure the curve untuk anak teruna aku (ke untuk aku sebenarnya...). Baik beli secara online atau pergi beratur panjang kat kauncer (panggilan anak aku untuk kaunter) ..amatlah menguciwakan. Pagi tadi selepas bowling tournament bowling di One Utama ( mengisi jemputan supplier MERCK)..aku cuba usha kaunter tiket wayang yg kebetulan terletak sebelahan dengan bowling..tapi sudah full house. Terlebih sudah...

Sebelum keluar dari One Utama, aku singgah jap kat KFC, having lunch dengan faris yang semestinya berjaya meraih Happy Meal yang hanya seciput nuggetnya, air milo dan jeng..jeng..jeng..mainan transformer bumblebee. Semangat Faris menyala-nyala..aku ingatkan bolehlah kow tim sekejap keinginan faris tu..bila elok je aku pandu sampai ke kota damansara dia toleh kiri kanan lagak cam orang sesat dan tanya aku..mama ni nak pegi mana ni..kata nak pergi tengok transformer...AIYAKKKK!!! Aku belum terlepas lagi rupanya...

Cam nak kena pergi cari kat black market je ni...

Sunday, June 14, 2009

Thomas N Friend

Ini adalah satu kegilaan anakanda aku. Semua gara-gara kartun Thomas N Friend. Keinginan Faris nak naik keretapi meluap-luap lagi2 bila tengok komuter. Aku gagahi naik keretapi balik Kedah baru -baru ni semata-mata untuk memenuhi hasrat anakanda yang tercinta.Pengalaman yang menarik untuk seorang anak. Mulut Faris tak berhenti dari mula naik keretapi sampailah turun. Dah sampai rumah opah, sambung balik cerita naik keretapi.

Di dalam keretapi, Faris tak nak berjalan. Aku terpaksa dukung dia dari gerabak ke gerabak sebab dia takut nak melintas di antara gerabak tu. Bukan setakat Faris, aku pun seriau gak nak lalu kat situ.

Aku ambil dua bunk bed, beli pun last minute so yang ada semua katil atas. Aku risau kalau berkongsi kang ada pulak yang jatuh katil . Nasib baik ambil 2 katil, memang sempit sikit katil atas berbanding dengan bawah. Aku temankan Faris sampai tertidur sebelum aku slow-slow pergi dekat 'cell' aku. Nasib baik bawa novel , lagipun aku tak nak tidur lena sangat takut kang anak teruna aku tu stunt ke bawah. Curtain faris aku selak sedikit supaya aku dapat intai dia dari katil aku. Risau jugak, manalah tau ade insan-insan yang tersalah angkut anak dalam mamai-mamai tu. Cuak jugak dok memikirkan tu.


Aku snap jadual beli tiket ni kat KTM Alor Setar. Senang esok aku nak beli tiket Selalu kalau call takde orang angkat, rupanya timing tak betul. Tapi sebenarnya syok naik keretapi, jauh lebih relax dar naik bas. Itupun kalau dapat ambil tiket 2nd atau first calss lah. Tapi 1st class ticket susah nak dapat, penuh memanjang. Aku rasa kalau KTMB upgradekan sikit coach, toilet, cafe lagi comel keretapi ni. Banyak benda dalam tu dah uzur..aku tengok seat dekat 2nd class dengan 3rd class pun dah agak usang. Memandangkan ramai pelancong mat salleh suka naik keretapi sebagai transit ke siam, eloklah kalau di perkemaskan lagi..lawak gak bila aku tengok mat salleh yang tinggi tu terpaksa bengkokkan lutut tido kat atas katil..lagi2 dok tingkat atas. Mau keras bangun pagi..hehhe

Saturday, June 13, 2009

Gambar

Aku rakamkan gambar ini dengan camera handphone aku yang serba tak canggih. Taman Burung di KL. Bayaran masuk agak mahal tapi berbaloi. Banyak spesis burung ada disini, sesiapa yang suka ambil gambar burung..ala2 birdwatch di fraser hill tu, mesti enjoy tapi yelah keseronokan mengintai aksi burung yang lebih natural eloklah di rimba. Disini, burung pun dah pandai nak posing..dah biasa sangat tengok manusia.



Ini pulak Pantai Kemasik di Terengganu. Aku ambik gambar ni pakai kamera h/p yg sama. Elok pulak 3 batang pokok kelapa interframe dalam gambar ini. Pertama kali sampai disini tahun 2007 dengan kawan-kawan office. Masa tu takde gerai lagi. Last year aku pergi bawak Faris singgah jap disini menikmati air batu campur dengan laksa sambil menikmati keindahan yang pantai disini.Adala 3, 4 gerai dibuka, ramai jugak orang singgah. Bagi aku,tempat ni ala-ala R & R dekat highway , tempat melepaskan lelah sebelum tiba di kuantan. Kalau ada wifi kat sini lagi lama aku lepak barangkali.

Gambar ini ketika aku dalam perjalanan mencari Sutra Beach Resort..aku jauh tersesat. Alang-alang aku snap gambar ni dari dalam kereta sambil memandu. Jalan clear beranilah..
Aku suka pergi ke pantai timur. Ada satu ketenangan . Mungkin sebab pantai dan kebiruan air laut..dan mungkin sebab aku gian dengan nasi dagang originalnya. Segalanya begitu perlahan di sana..aku tak pening nak pikir masa. Takde benda yang aku nak kejar..sekurang-kurangnya untuk sejenak.

Sunday, June 7, 2009

Anakku Sayang

Class pertama aku start sabtu lepas. Dr. Nor Azmi, one of marketing lecturer in UUM mengajar class kitorang yang mostly attended by first sem students. Bunyi mcmlah kitorg ni budak2 mude..walhal semua dah di hampir2 melewati remang2 senja dah pun.
Dr.Azmi can be described someone yg so hillarious, fun and flexible. Suka mengenakan orang termasuk aku yg tak pasal2 dapat gelaran "Jitra".
Next week dah start dgn presentation..dan yang tak bestnyer group kitorg yang jadi 1st presentor. What to do..this week aku dgn group aku mmg kena pulun habis-habisan get ready dgn package kitorg.
Supposed sblh petangnya aku ada Operation Tech & Mgt class, tapi atas kesilapan teknikal, lecturernya tak datang. Sejam lebey gaklah kitorang funfair dlm kelas. Bila dah tau class cancel, semua meluru keluar.
Aku pun terus pergi kepong ambik faris. Ingat nak bawak faris tgk cinema kat the curve tapi malasla pulak.Aku risau gak lagipun, kalau2 si faris menjerit takut dalam gelap. On the way balik aku lalu kat sri damansara tu, aku cerita lah kat Faris..dulu masa mama kawin ngan abah, mama dok kat sinilah sambil aku muncungkan mulut aku ke arah kawasan perumahan berdekatan. Faris terus mengeluh.." ala..mama ni, kenapa mama tak kawin dengan abang jer"..aku tergamam jap..heheheh. Terasa nak pecah perut aku bila dia start cerita dia kahwin dengan mak long lah, buculah, neneklah....hai, ntah apelah maksudnya kahwin tu pada anak teruna aku tu.

Friday, June 5, 2009

Sayang

Sayang..
Dalam dan luas maknanya kan..
Maknanya bergantung kepada mereka yang menilainya..
Kalau dah sayang..
Hilang rasa benci..
Bertambah rasa rindu..
Bercambah rasa kasih..
Tapi sayang..
Jika disalah ertikan..maka hilang rasa sayang..
Hilang segalanya.
Tapi aku tak benci, tak pernah terfikir pun..cuma aku perlu pergi.
Sayang ini hadir sebagai suatu kenangan yang indah ..paling indah dalam hidup aku.

Terima kasih.

Tuesday, June 2, 2009

Aku Sekarang Ini

Aku sekarang sibuk mengatur hidup dengan rutin yang baru. Jadual kelas pun aku dah susun. PC lama kat rumah tu pun aku dah setup kat bilik store yang aku akan upgradekan menjadi bilik study. Mungkin aku perlu cat bilik ni dan tukar curtain baru. Sofa panjang lama kat bilik tengah tu aku letak di bilik store. Agak-agak penat, aku landing jer kat situ. Buku-buku masa belajar dulu aku dah minta adik yg kebetulan ada kat rumah di kampung tolong bawakan.

Hujung minggu ni aku perlu menyusul lagi ke kampus, nak register subject. Kak nida dah beberapa kali sms ingatkan aku kalau-kalau nak kena bayar lagi utk register subjek. Si fini pulak remindkan aku agar tak terlambat bayar payment utk sem ni..beruntung dapat kawan-kawan macam ni. Nilah kawan aku yang akan menjadi peneman aku di kampus.

Faris tumpang seronok aku nak belajar. Selasa lepas aku bawa dia ke kampus..naik monorail. Beria dia ajak aku naik lif ..nak tengok kelas mama katanya. Supaya dia tak menganggu masa study, aku alihkan semua toys dalam stor ke bilik Faris. Kerusi kecil faris aku gantikan yang baru..aku belikan juga white board dan marker pen agar dia boleh menulis di biliknya.

1 tahun lebih jer sayang..bagi can mama nak belajar dulu k. Aku berbisik lembut ke telinga faris masa dia tidur nyenyak malam tadi..


Monday, June 1, 2009

A Day In Sunway Lagoon

Hari Sabtu lepas register, aku terus balik amik faris di rumah abah dia. Singgah jap JJ Kepong..go for window shopping but end up i spend almost RM400 kat situ. That's why aku memang tak percaya dengan so called window shopping nih..no such things. tapi nak buat mcm mana, the sale ws so damn atrracted.
Keluar jer dari JJ, balik umah jap ambik swim suit aku ngan trunk Faris..esoknya dah janji nak pegi Sunway. So malam ni aku tido kat umah makcik kat Rawang.Baru jer keluar rumah, makcik aku call ajak gi taman layang-layang kat kepong. Pegi pulak ke kepong..sampai kul 7.15 ptg lepak situ, beli layang2 kat Faris pun dia tak nak main..last2 aku yang main. Seronok gak tengok layang2 terbang bebas kat langit tu..


Ahad - 31hb May 2009

On the way nak gi Sunway Lagoon pun aku boleh tersesat..ntah camne ntah aku leh terlajak masuk sampai cheras..pusing balik. Sampai sunway pukul 10.30 pagi, sib baik org tak ramai lagi beratur beli ticket. Memandangkan makcik aku dapat ticket free masuk all park, aku terpakserlah beli all park ticket..tapi sayangnya ..memang sayang tak sempat pun nak masuk kesemuanya. Tak dan..banyak masa diabihkan di wildlife park..layan arnab ngan kuda makan. Si Faris pun yang mula-mulanya takut2 dgn arnab..dengan selambanya bagi arnab tu makan atas riba dia..siap belai-belai lagi. Berbaloi msuk wildlife ni, crew dia siap bagi explanation in detail pasal setiap jenis binatang yang ada kat situ..worth it.




Then mandi time kat water park....syok la jugak. Aku pun tak ketinggalan glide kat water of Africa...ngalahkan faris pulak syoknya. Faris had so much fun..kalau tak dia cam takut2 sikit masuk dalam air, ini dia pulak yang terlebih sudah..beraninya lebih dari aku lagi. Tak nak pakai pelampung..sampai tercungap-cungap tertelan air pun tak serik2.

Kat etreme park sempat maint paintball jer. Tu pun tembak target jer..yang lain-lain memang tak sempat. Selebihnya kitorang abihkan masa naik permainan kat main entrance..aku dengan beraninya naik pirate revenge..tapi rasanya lepas ni sumpah aku takkan naik lagi..sepupu aku siap muntah ijau lagi. baru padan ngan muka kitorang..tapi yg kelakarnya bila kitorang sumer kebasahan naik Flumes Ride. Tak perasan pulak ade signage "You will get wet on this ride"..tulah teruja sangat.


Exactly 6 oclock kitorang balik..penat jangan cakaplah. Kul 10 jer aku ngan faris dah blackout...penat sepenat2nya.

Sharing Is Caring